aku pakai win7 jugak. ultimate pirated edition...
desktop background takleh tukar. cuma ada tulis
"this copy of window is not genuine"
dan tiap kali online, keluar box yg bagi amaran yang serupa.
kekantoian sebegitukah yang korang maksudkan?
selebihnya takda masalah pun.
tapi aku nak tumpang bercerita la pasal soarang kawan.
baru2 ni dia dapat hidayah utk menghormati hak cipta orang lain.
entah kenapa dia rasa bersalah sangat bila guna software lanun ni.
sanggup dia berhabis utk beli yg ori.
setakat window7 starter tu bole beli la.
office pun beli yg ori.
hujah dia, dia guna software tu utk cari makan.
kalau guna yg lanun punya, sama la macam mencuri.
lepas tu guna pulak harta curian tu untuk cari rezki.
bagi makan pulak kat anak bini.
sangat benar apa yg dia cakap tu.
malanganya, aku tak sanggup nak korbankan rm300 secara mulia utk beli benda yg boleh didapati dgn harga rm10 secara keji...
apa pulak pendapat anda???