BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa sini gunakan server Rocksoft?Apa masalah server ni sebenarnya?

1) oversold rocksoft ni. tak pandai kira ratio.
2) banyak website host kat shared server kena ddos
3) datacenter TM dan IP TM banyak kena blacklist
4) bukan 100% salah rocksoft tapi kena plan utk tambah more server
5) corporate plan, vps and dedicated oklah jugak. shared kalu mampuih
 
Currently Active Users Viewing This Thread: 13 (11 members and 2 guests)
art_director, darkkiller, Hitman™, teapear, asdasdasd, RekaSeni, rocksoft, geniusasset, kings78, wan syafiq, RealLife


usha line je ke?

da lebay 10mnt dok usha line,,
takut nak jawab ke bos cus tanya nih,,:)):))
 
Salam,

Kami mohon maaf kalau anda mengalami masalah dengan hosting kami.. terutamanya baru2 ni sejak 1-2 bulan.. kami ada menghadapi masalah dengan tmnet datacentre sebagai contoh anda boleh baca incident report dari tmnet ni..

http://rocksoft.com.my/final-report-CBJ2-genset-failure-may2014.pdf

bile mengalami power issue ada server2 kami terpaksa di fsck yang mengambil masa berjam jam sebelum boleh online semula..

ada sekali tu client2 kami mengalami server slow, darkkiller pun kena.. semasa tu kami ade hadapi masalah connection pula dengan tmnet, kemudian masalah itu telah diselesaikan dan client2 seperti darkkiller telah di beri pampasan dan kami telah meminta maaf.. web2 kembali laju.. hanya beberapa server kami yang kena masalah ini..tidak semua server terlibat..

saya mohon anda tidak putus harapan dengan syarikat2 seperti kami.. kami serius dengan servis kami selama 8 tahun sudah.. kami harap masalah baru2 ini dapat dimaafkan.. kalau anda kenal Razi anda boleh contact terus dan Razi tidak akan ignore client yang berhubung dengan beliau..

status sekarang semua nya sudah normal jadi kalau anda masih ada masalah anda mesti hantar tiket dan kami janji akan selesaikan nya.. RockSoft menguruskan lebih 20 ribu pelanggan di Malaysia dan kami tidak pernah meninggalkan tiket support client kami tanpa di selesaikan.. kami memohon maaf sekiranya tersilap menguruskan akaun anda..

harap maaf dan terima kasih..
 
terima kasih atas berpuluh2 tiket yg membuatkan saya serik utk melanggan rocksoft lagi.

dari dulu sehingga kini masih ada yg menjadi mangsa tersepit di tengah2 pelanggan dan service provider dengan kekerapan server down
 
Salam,

Kami mohon maaf kalau anda mengalami masalah dengan hosting kami.. terutamanya baru2 ni sejak 1-2 bulan.. kami ada menghadapi masalah dengan tmnet datacentre sebagai contoh anda boleh baca incident report dari tmnet ni..

http://rocksoft.com.my/final-report-CBJ2-genset-failure-may2014.pdf

bile mengalami power issue ada server2 kami terpaksa di fsck yang mengambil masa berjam jam sebelum boleh online semula..

ada sekali tu client2 kami mengalami server slow, darkkiller pun kena.. semasa tu kami ade hadapi masalah connection pula dengan tmnet, kemudian masalah itu telah diselesaikan dan client2 seperti darkkiller telah di beri pampasan dan kami telah meminta maaf.. web2 kembali laju.. hanya beberapa server kami yang kena masalah ini..tidak semua server terlibat..

saya mohon anda tidak putus harapan dengan syarikat2 seperti kami.. kami serius dengan servis kami selama 8 tahun sudah.. kami harap masalah baru2 ini dapat dimaafkan.. kalau anda kenal Razi anda boleh contact terus dan Razi tidak akan ignore client yang berhubung dengan beliau..

status sekarang semua nya sudah normal jadi kalau anda masih ada masalah anda mesti hantar tiket dan kami janji akan selesaikan nya.. RockSoft menguruskan lebih 20 ribu pelanggan di Malaysia dan kami tidak pernah meninggalkan tiket support client kami tanpa di selesaikan.. kami memohon maaf sekiranya tersilap menguruskan akaun anda..

harap maaf dan terima kasih..

Terima kasih memberi maklum balas.
1.Saya sebenarnya tidak mahu libatkan sms/call direct kepada owner,kerana saya tahu kaedah itu bukanlah cara perniagaan yang betul.Tetapi saya terpaksa buat kerana layanan staf anda cukup tidak memuaskan.Tetapi kalau saya call owner pun,owner tidak akan angkat.
2.Budaya meminta maaf dalam support langsung tiada,masalah datang dari pihak Rocksoft,oleh itu perlu minta maaf setiap kali client menghadapi masalah dan jangan ulang jawapan yang sama seperti kata di bahagian kami server laju dan ok sahaja,itu tidak profesional langsung.Client tidak akan bising kalau service yang diberikan bagus malah akan puji dan akan promo kepada client dibawahnya.
3.Maaf saya perlu buat topik secara public kerana saya sudah lama menahan sabar dengan service yang ditawarkan dan gaya menjawab didalam emel oleh staf-staf anda.
 
dah ada jawapan dari rocksoft. sesiapa yang ada masalah silalah hubungi rocksoft. jangan pulak kata kalau xde masalah dijadikan isu besar.

bagilah peluang syarikat milik orang islam ini berkembang. ada isu, sesiapa ada nombor big boss rocksoft, terus contact dorang dan bukan di sini.

rocksoft pulak amiklah pengajaran. dah tau tmnet punya dc mcm haprak, make sure ada sendiri punya ups. kejadian fsck mungkin tak berlaku jika ups boleh hantar shutdown signal pada server.

apa pun untuk peniaga luar sana, jangan nak ambil untung banyak sangat. kalau buat web untuk client, langganlah at least VPS server demi menjamin kualiti website pelanggan.
 
Salam,

sebagai pengguna anda mempunya hak untuk marah.. saya sudah mintak support untuk check akaun anda dan selesaikan masalah2 sekiranya masih anda...

kami juga boleh pindahkan anda ke server lain jika perlu..

kami akan hubungi anda setelah siasatan selesai..

saya kurang pasti siapa art_director tapi kalau masih ada akaun bersama kami mohon PM saya domain name anda atau contoh tiket ID.. kami pasti akan selesaikan untuk anda sekirnaya masalah masih ada..

Terima Kasih..
 
Serverfreak ok je so far

Biasa la co melayu, orang bukak business

Dia nak bukak jugak, tapi bab technical and support semua kelaut
 
saya kurang pasti siapa art_director tapi kalau masih ada akaun bersama kami mohon PM saya domain name anda atau contoh tiket ID.. kami pasti akan selesaikan untuk anda sekirnaya masalah masih ada..

Terima Kasih..

dah lama pindah dari rocksoft bro.
mencari ketenangan jiwa
 
Back
Top
Log in Register