Sayonara Hang Najib
Kenyataan Pak Lah beriya-iya sangat 2-3 hari ni mengumumkan Najib sebagai pengganti dia tapi tak tahu bila sekadar lip-service sahaja. Pak Lah sebenarnya memerlukan masa untuk gencatan senjata..dia perlukan masa nak bernafas dalam kelemasan ini. Saya cukop yakin bila Pak Lah dah lega dia akan mule proses menyembelih Hang Najib.
Saya teringat betapa beriya-iyanya Mahathir mengumumkan Anwar sebagai pengganti dia semasa kelemasan dengan isu kewangan negara yang disoroskan. Malah sampai 30 Ogos 1998 di Pulau Pinang Mahathir masih umumkan Anwar pengganti dia. Hingga dia kata siapa yang memfitnah Anwar wajar ditembak saja. Tapi pada 2 Sept, dua hari lepas tu dia pecat & sembelih Anwar sampai lunyai.
Saya tengok bila Raja Petra dikenakan pertuduhan memfitnah Hang Najib..ini sebenarnya akan membongkar semula kes pembunuhan Altantuya. Sama macam mana Khalid Jefri dikenakan pertuduhan memfitnah Anwar..kes itu diguna untuk membongkar fitnah terhadap Anwar.
Saya bertambah yakin dengan konspirasi ini bile kes Raja Petra ditetapkan untuk bicara pada awal Oktober..semasa mesyuarat ameno bahagian sedang berjalan..dan sebulan sebelum perhimpunan Agong ameno. Apabila Mahathir dikenakan tindakan akan disiasat kerana kes CD Lingam...saya tengok ni sebagai cara nak halang Mahathir defend Hang Najib sebab dia akan sibuk nak mempertahankan diri sendiri. Apabila mereka create suasana hingga Mahathir keluar ameno..ni sebenarnya proses nak isolate Hang Najib supaya senang disembelih.
Sebenarnya Mahathir tahu taktik kotor Pak Lah & Co ini..sebab dia buat konspirasi yang sama kat Anwar. Tapi Hang Najib masih tak nampak sandiwara Geng Tingkat 4 Putrajaya. Dia lupe yang Pak Lah dari awal memang tak mau dia. Cube bukak balik statement2 Pak Lah masa mule2 jadi PM.. Saya tengok semua pattern yang dibuat Mahathir sebelum dia pecat Anwar dah ujud dalam konspirasi nak bunuh karier Hang Najib. Dan ada orang kata Hang Najib tengah sengih-sengih nak jadi PM. Saya rase yang tengah sengih sekarang ni Pak Lah & Geng T4..saya rase Hang Najib elok start asah keris Taming Sari dia..kalu tak..saya nak ucapkan sayonara Hang Najib..adios
Zulkifli Noordin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Lagi rase najib bakal PM...jgn mimpi laa najib woii
[-(