BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa lebih kuat?

qba437

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,538
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,538
Reaction score
92
Points
120
PRESIDEN Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono akhirnya membuat kenyataan selepas sekian lama membisu berhubung isu pertelagahan Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK), Polis Republik Indonesia (Polri) dan Pejabat Peguam Negara Indonesia.

Susilo mengingatkan semua pihak supaya tidak mendesak beliau untuk membuat keputusan yang tidak sewajarnya.

Kenyataan dibuat selepas mengadakan mesyuarat sepanjang sehari dengan ketiga-tiga ketua jabatan perundangan di Indonesia itu.

Beliau juga telah menerima laporan 22 muka surat oleh pasukan khas yang ditubuhnya bagi mendalami isu tersebut yang dikenali sebagai Pasukan 8 yang menjalankan siasatan sendiri selama dua minggu bermula 2 November lalu.

Dilaporkan Pasukan 8 telah mencadangkan supaya tindakan terhadap dua pegawai KPK iaitu Bibit dan Chandra oleh polis di atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dihentikan kerana tidak mempunyai bukti yang cukup.

Sogokan

Ini adalah kerana wang yang disogok oleh seorang ahli perniagaan Anggodo Wijojo hanya terputus setakat orang tengah iaitu Ary Muladi.

Anggodo memberi sogokan sebanyak lebih RM1 juta itu kerana mendakwa diberi jaminan bahawa abangnya Anggoro Wijojo dibebaskan daripada tuduhan penyelewengan wang pemasangan radio bersepadu untuk Jabatan Perhutanan melalui syarikatnya PT. Massaro.

Wang berkenaan diberikan oleh Anggoro yang kini melarikan diri ke Singapura kepada Anggodo dan diserahkan kepada Ari yang mendakwa telah memberikan kepada Bibit dan Chandra.

Bagaimanapun Ary telah menarik semula kenyataannya itu dan memberitahu wang itu diberikan kepada Yulianto yang kini masih lagi menjadi misteri kerana tidak dapat ditemui oleh polis atau KPK.

Oleh itu timbul pelbagai andaian termasuk Ary telah menggunakan wang tersebut dan kemudiannya setelah menyedari pembohongannya terbongkar maka dia mereka satu lagi karakter iaitu Yulianto.

Bagaimanapun berikutan tertangkapnya Bibit dan Chandra oleh polis, KPK telah menyadap perbualan Anggodo dengan sejumlah orang bagi membukti bahawa tuduhan tersebut semata-mata bertujuan melumpuhkan KPK.

Setelah rakaman perbualan itu diperdengarkan di Mahkamah Konstitusi dan disiarkan oleh stesen televisyen tempatan, ia menimbulkan kemarahan rakyat dan meyakinkan mereka lagi bahawa terdapat konspirasi di antara polis, Anggodo dan Pejabat Peguam Negara untuk melumpuhkan KPK.

Bagaimanapun setakat ini polis tetap tegas menyatakan bahawa tidak terdapat sebarang konspirasi dan jabatan itu akan tetap meneruskan siasatan terhadap Bibit dan Chandra walaupun mereka kini telah dibebaskan setelah diarahkan oleh Pasukan 8.

Polis pula menganggap orang ramai bertindak mengikut perasaan tanpa mempedulikan tentang kebenaran kerana tidak mustahil kedua-dua pegawai KPK itu terlibat dengan rasuah kerana mereka bukannya malaikat.

Presiden yang diharap memberi kata putus bagi menyelesaikan masalah itu bagaimanapun tetap dengan pendiriannya tidak akan masuk campur dalam urusan yang bukan di dalam bidang kuasanya.

Kini semua pihak sedang menunggu termasuk di peringkat antarabangsa bagaimana Susilo menangani krisis perundangan yang semakin gawat di Indonesia.

Penyelesaian yang tuntas penting mengelakkan persepsi yang telah sedia tercemar daripada menjadi semakin buruk. Apakah benar polis, KPK dan Pejabat Peguam Negara lebih berkuasa sehingga Presiden sendiri tidak boleh campur tangan menyelesaikan pertikaian itu?
 
Rasuah dimana mana
 
Back
Top
Log in Register