dolce gusto aku guna, golden barista ni pon aku guna.
capsule dia mmg mahal, kalau nak reuse capsule, kena potong dua biji capsule, pastu masukkan kopi atau susu, pastu kena cantumkan dua bahagian yang dipotong dari dua capsule tadi. gak leceh. ade je jual capsule guna semula, bila dicongak mahal jugak. lagipun kualiti kopi yang digunakan agak berbeza, yang nescafe guna ni dari jenis premium, rasa dia pon lain, sedap walau x campur gula untk sebahagian kopi dia la, kalau intenso, letak gula pon pahit. lagi satu aku x rasa dia pakai krimer, tp dia pakai susu tepung untuk kopi yang guna susu, sebab aku penah koyakkan capsule susu dia.
untuk barista plak, kena guna kopi golden blend tu, murah byk compared to dolce gusto. danpagi2 duk layan espresso sebelum buat keje. boleh buat lima jenis kopi, esspresso, lungo, americano, cappuchino dgn latte machiato. utk cappucino dgn latte ni kena guna susu atau krimer, ade cara dia untuk panaskan susu dia. yg penting kena rajin mentenen mesin kopi ni.
untuk dolce ni aku duk layan yg jenis tak boleh dibuat oleh barista mcm mocha, chai tea latte, chocochino etc