BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Karpal Singh ???

Umno Yang Mula DERHAKA Pada Sultan. Mengapa KARPAL Diratah?

"Saya tidak menerima apa-apa jawapan, sebaliknya beberapa pertuduhan dilemparkan kepada saya, termasuk mengatakan saya derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam.

KARPAL Singh (DAP-Bukit Gelugor) masih berkeras dengan pendiriannya. Sudah ada 20 laporan polis dibuat terhadapnya dan beliau tidak risau walaupun 2,000 laporan dibuat kerana berpendapat tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Beliau yang kini disiasat polis berikutan kenyataannya terhadap tindakan Sultan Perak berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury, menegaskan beliau tidak mencabar kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama dan Adat Istiadat Melayu.

Menurutnya, apa yang disuarakannya adalah:

A. Sultan Perak tidak ada hak mengarahkan Menteri Besar Perak menarik balik arahan pertukaran terhadap Jamry.

B. Siapa sediakan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

"Saya tidak menerima apa-apa jawapan, sebaliknya beberapa pertuduhan dilemparkan kepada saya, termasuk mengatakan saya derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam.

"Antara yang buat laporan termasuk Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Apa kredibiliti beliau untuk buat laporan polis, namanya sendiri baru-baru ini terbabit dalam skandal klip video V K Lingam.

"Kalau perbuatan saya salah, kenapa tiada tindakan terhadap Datuk Rosol Wahid dan 22 Ahli Dewan Undangan Negeri di Terengganu yang membantah tindakan Sultan Terengganu kerana enggan memberi perkenan melantik Menteri Besar pilihan Barisan Nasional (BN)."

"Begitu juga di Perlis. Kenapa ada pilih kasih. Umno yang mulakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu," katanya.

Sementara itu Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar apabila ditanya mengenai sikap Karpal berkaitan isu itu, beliau berkata, Yang Berhormat Karpal Singh ada hak, saya hormat pendapat beliau kerana beliau berhak atas kenyataannya dan itu merupakan pandangan peribadi beliau.

-----------------------------------------------------------------

Mcm MB Perak kate la kan..."Kamu harus bertanggungjawab dengan ape yang kamu lakukan"

So paham2 la sape kan...

Projek B@b! Nasional la jawabnyee :(scam :(scam :(scam :(scam
 
Semai kebencian
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
[email protected]

IPOH: “Jangan menyakiti perasaan orang lain. Jangan menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat Malaysia. Masalahnya bukan undang-undang. Perkara ini ada sensitiviti pada orang Melayu yang juga beragama Islam.”

Begitu kata Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria mengenai tindakan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh apabila mempersoal kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Harussani berkata, tindakan Karpal mempertikai titah Sultan Azlan supaya arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury ditarik balik menyakiti hati orang Melayu kerana rantau Nusantara sudah mempunyai raja sejak sekian lama.

Menurutnya, tindakan menghina raja-raja Melayu boleh disamakan dengan menghina agama Islam kerana Perlembagaan Persekutuan menyatakan Sultan atau Raja dan Yang Dipertuan Agong adalah ketua agama negeri secara mutlak.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080515124645/Article/index_html
terpulang lah anak melayu semua.
jika mufti pun dah tak dihormati, makaentah kemana lah kita nanti.
sayangnya jika mufti boleh menangis diatas mimbar jumaat mengenangkan nasib bangsa, tapi kita sesama bangsa boleh berkelahi di lagakan oleh seorang bengali
 
saya sokong karpal dpersalahkan krn manjatuhkn maruah institusi draja.:)cgrock

tp knp agak nya ek yg bdk2 pegang sepanduk "kami mahu derih,natang" tu dh senyap gtu je.masuk lokap pn 1mlm je.polis tunjuk kat press dh tgkap n then trus syap.xde pn pjg cte..knp ek :-?
xde pn filing kes kat mana2 court d tganu pn :o

lg 1, sape ek yg mula2 mjatuhkan institusi draja malaysia :-?
saper ek org yg mhapuskan imuniti raja2 melayu :-?
pegi ugut raja2 pd awal 90an dulu tu...:-?
sepatutnya org tu yg mula2 ptt dpersalahkn kn :-?

jd,sama2 renungkan lah k.:-? saya xkata sesiapa tp ini bdasarkan fakta benar..
 
Mufti Perak bagus.. Ayat yg beliau kate tu mendalam maknanye. Yg pasti bukan utk si oku. Tapi khas utk org Ameno.... hihihi. Tapi Ameno manipulate bunyinye mcm mengata si OKU..hihihi....
 
kenapa marah karpal singh? kan kerajaan dia kat pinang dah naikkan gaji guru agama? kan anak buahnya lim guang eng berazam nak jadi mcm khalifah umar aziz?
 
kenapa marah karpal singh? kan kerajaan dia kat pinang dah naikkan gaji guru agama? kan anak buahnya lim guang eng berazam nak jadi mcm khalifah umar aziz?

ular lebey baik drp bai nih...:p :p :p
 
Pemerintah jgn terlalu berat sebelah . nanti org tak caya dah.
 
Back
Top
Log in Register