BTC USD 83,960.1 Gold USD 4,123.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Itu Sufi

Satu teguran buat TT....makrifat itu bukan Vision...Vision itu bayangan/khayalan/angan-angan....makrifat itu arif/tahu...faham akan istilah/erti pada bahasa dan lughah nye sekali....kalu cari thread kawe pasal "hayawanun Natiq" yang turut dibincangkan oleh Aristotle....
 
suci lah hati kita dahulu dari perasaan amarah.
itu lah kunci kejayaan.

Mensucikan hati adalah pekara yg paling payah utk dibuat.
Ulamak ada mengatakan untuk mensucikan hati
"kita mesti buang kasih dunia jauh-jauh"
"Makan drp makanan yang halal"
"Sentiasa berzikir"
"beramal soleh"

Lakukan lah ia sehingga kita mendapat martabat
" sembahyang dapat mencegah perbuatn keji dan mungkar"
 
mmang kamu keras....maaf....layak ke perihal begini nak dibincangkan atau berforum??? Jangan menjadi terlampau gelojoh dalam nak berilmu...kawe x ada berjemaah dengan mana2...cuma nak berpesan kalau dah tuan hamba sanggup menanggung...kawe tak kisah persilakanlah....sufisme itu terasnya pada guru...ingat!!!...antara tuan hamba dan keyboard itu byk lagi makhluk yang ada....apa yang kawe taip hanyalah pesanan dari Tuan guru hamba...dan pesanan itu untuk kita fikir...kalu kata-kata itu x dapat difikir/dcerna/rasa berat maka maaf kata, hati kamu belum bersedia untuk berbicara...kalau tuan boleh sebut kata "orang awam" maka mintak bebanyak tolong faham perkataan "awam" itu sendiri...ia tak kena dengan kata "khusus"....dan sufisme ini sememangnya terkhusus...hati-hati menaip...kerana hubungan dan tanggapan tuan luahkan menggambar isi hati dan keperibadian tuan...yang bagi kawe....hmmm....maaf kata....:D:D:D...teruskan berbicara jika tuan rasa tuan layak dan diizin guru tuan, pasal bagi kawe...nyata tuan bukan lagi berguru....wallahualam.

suka hati saudara ler.
disini adalah penerangan sufi secara luas iaitu dari konteks orang bukan islam pun boleh faham

menarik orang dengan kata-kata yang orang lain mudah faham dan secara general itu lebih baik.
dari kita berkata dan berkias sehingga orang bosan.

kalau tuan hendak bercerita pasal pribadi saya silakan.
tapi bukan disini,
buka satu thread khusus untuk tuan ceritakan pribadi saya.
mungkin tuan kasyaf.

adakah tidak layak ilmu ini dibincangkan di forum?
bukannya saya melanggar rahsia dan membuka cerita masa hadapan.
ini pengetahuan.

Sallina Ismail author book The SCIENCE of ALLAH pun rilek je jual kat merata dunia buku dia.
lagilah cerita dalam tu lebih kurang hakikat insan, sirul asrar, Mengenal diriku, so apa nak peliknya.

tuan ada guru, dan tuan dapat fahami apa yang tuan guru tu sampaikan.
tapi disini tak semestinya semua forumer faham apa yang guru tuan nak sampaikan.
konsepnya mudah... kita tidak memilih siapa untuk menjadi guru kita, dan guru pula tidak dapat memilih siapa akan jadi murid dia..

konsep mudah nie... cerna balik kata kata tu...
 
Satu teguran buat TT....makrifat itu bukan Vision...Vision itu bayangan/khayalan/angan-angan....makrifat itu arif/tahu...faham akan istilah/erti pada bahasa dan lughah nye sekali....kalu cari thread kawe pasal "hayawanun Natiq" yang turut dibincangkan oleh Aristotle....

saya terima teguran tersebut.
tetapi...
mulakan dari bawah..
jangan mudah melangkah.
tuan dah faham di titik tersebut.
maka jangan beratkan orang yang baru nak capai.

hidup ini fitrah.
dari bayi tidak tahu apa apa sampai ler boleh merangkak dan berjalan, bercakap dan berdikari.

nak pecahkan minda orang jangan terus meninggi bercerita sampai lupa yang orang tu tak faham.

konsep mudah.. mulakan dengan vision dulu.
 
Subhanallah...
Xda pun niat nak timbulkan waham dikalangan forumers..
Maafkan saya..

Ilmu nie x tinggi tuan...
Ilmu perkenalan kita dengan Pencipta kita jer..


Salam...

mengelakkan fitnah itu lebih baik,
kalau orang tak faham kias kias kita.
mungkin dia akan fitnah kita.
so cerita sebetul betulnya.
baru orang seronok mengikut.
begitulah adi putra membentuk hang tuah dan sahabat.

hang tuah dan sahabat minat belajar silat.
so adiputra pun ajarkan silat.
dalam bersilat tu dia selit selitkan cerita cerita nie.

kalau terus nak tarik orang belajar benda nie.
mampus nak pergi , kalau tiada izin Allah.

begitulah. kalau orang tu minat forex, guru mursyid akan berkongsi hal forex, dalama masa yang sama dia menunjukkan hal hal yang pelik dalam trading sehingga tidak tercapai dek akal. sehingga kawan kawan forex beliau tertanya.
dari situ dia mengolah dari sedikit ke sedikit.

bukan terus cerita yang lagi pelik dan berkias..
 
suci lah hati kita dahulu dari perasaan amarah.
itu lah kunci kejayaan.

Mensucikan hati adalah pekara yg paling payah utk dibuat.
Ulamak ada mengatakan untuk mensucikan hati
"kita mesti buang kasih dunia jauh-jauh"
"Makan drp makanan yang halal"
"Sentiasa berzikir"
"beramal soleh"

Lakukan lah ia sehingga kita mendapat martabat
" sembahyang dapat mencegah perbuatn keji dan mungkar"

Salam... betul Tuan. Betul.. :) :) :)

Nak sucikan diri dari ammarah tu.. itulah jalan sufi / tareqat.

Kalau tak bertareqat.. boleh sembang ajaa laa suci diri suci diri suci diri dari sifat ammarah... last2 orang bwk Honda Civic FD2 potong kiri terus emo~ mengamuk menyumpah seranah.


Yg bermasalah:
- suka solat lewat...
- suka melancap...
- suka main game sampai terlepas waktu Asar...
- suka tidur pukul 9 malam sebelum solat Isya' konon-konon nak solat Isya' pukul 4 pagi last2 bangun pukul 8 dengan Subuh sekali terlepas...
- malas nak zikir asyik dengar lagu jer...
- suka sembang bab agama lepas tu masuk section politik terus post pasal Rosmah dan kerenah terbaru dia (ghibah namanya... belajar dalam Islam.. tau kan?? Last2 semua pahala tahajjud hampa dapat kat Rosmah... makcik tu x tau apa tetiba masuk syurga tanpa hisab dgn amalan hampa.. hampa pulak tanggung kesalahan dia beli cincin tuh sbb keburukan dia diambil pass pada hampa.. stylo x??)

- Suka maki hamun bila kereta kena potong kiri..
- Suka masuk thread Agama di CG berdebat nak ckp dia saja betul...




Jenis-jenis orang ni... AMAT ELOKLAH BERTAREQAT!! IKUT JALAN SUFI SUCIKAN DIRI DARIPADA KEKOTORAN SIFAT MAZMUMAH. Mudah-mudahan berubah jadi rajin solat baca Surah al-Quran selawat dan sebagainya. Barulah jadi apa yang Allah swt maksudkan dalam al-Quran... "khalifah di Bumi ini."

Tapi kalau hangpa semua jenis yang:

- Solat all the time awal waktu jemaah x pernah miss.
- Subuh baca Surah Yaasin, Asar baca Ar-Rahman.. Maghrib dan Isya' baca Al-Waqiah dan Al-Mulk.. x pernah putus setiap hari.
- Selawat Nabi SAW yang simple setiap hari minima 1,000x (poyolah.. cakap cinta pada Nabi SAW tapi selawat 100x pun x sampai.. jauh sekali 1000x).
- Baca Surah Al-Ikhlas minima 100x setiap hari.
- Kalau Honda Civic FD2 potong kiri hangpa senyum dan kata... "x apalah... af'al Allah. Mungkin dia nak cirit tu.."

Alhamdulillah.

Orang macam hangpa x payah bertareqat sebab kewajipan membersih diri mempelajari Ihsan / Tasawuf / Tareqat dah tak ada sebab hangpa sendiri dah lulus bab tasawuf / ihsan ini.

Maka bersatu tiga cabang yang Rasulullah SAW sabdakan itu dalam hadis Baginda menjadi satu.. dan itulah ISLAM YANG SEBENAR.
 
Last edited:
Satu teguran buat TT....makrifat itu bukan Vision...Vision itu bayangan/khayalan/angan-angan....makrifat itu arif/tahu...faham akan istilah/erti pada bahasa dan lughah nye sekali....kalu cari thread kawe pasal "hayawanun Natiq" yang turut dibincangkan oleh Aristotle....

Pandangan saya Tuan...

Apa yang TT cerita tak bersalahan... dari suatu sudut yang lebih rendah dan lebih bersifat permulaan.

Seperti halnya Rabithah guru... awalnya adalah membayang-bayangkan sendiri.

Makrifat awalnya membayang-bayang sendiri dengan angan-angan yang dikawal... saya perkirakan saudara maklum.

Memang salah konsep sebenarnya tetapi dari sudut yang lain inilah pembukaan kepada konsep yang sebenar. Kita di forum yang sekitar 2009 ke 2010 dulu memang meletup isu Sufi dan Tareqat adalah sesat habis huru hara section 'Religious Talk' ini.

Mungkin kita sendiri perlu berhati-hati dalam penyampaian kita agar tidak salah penerimaan orang pada apa yang cuba kita sampaikan.

Wallahu'alam..
 
Ini pemahaman saya secara overall mengenai tingkat ilmu dalam menghayati Agama Islam.

Terdiri kepada 4:

1) Hakikat - Ilmu mengenal diri. Dasarnya segala sesuatu yang terjadi di alam semesta adalah milik Allah S.W.T. Ini asas kepada pembentukan akidah.

2) Syariat - Ibadah(Suruhan dan Perintah Allah S.W.T terhadap Hamba2 mengikut peraturan2 yang ditetapkan dan diajar oleh Nabi Kita dgn berpandukan AL-Quran dan Hadis)

3) Tariqat - Jalan Ke Arah Mengenal Allah (Kaedah atau cara tertentu tujuan utamanya agar kita selalu igt dan mencintai Allah)- Kaedahnya mungkin berbeza dan pelbagai namun tujuan utama ke arah mengingati dan mencintai Allah

4) Makrifat - Ikhlas segala perbuatan yang kita lakukan hanyalah untuk Allah semata-2. Pada peringkat ini, kita akan rasa seronok melakukan ibadah. Kita sudah merasai nikmatnya mencintai Allah dari segala sesuatu di alam semesta ini.

Mostly orang awam seperti kita susah nak capai peringkat makrifat ni pasal dalam hati masih tertarik dengan godaan dunia dan masih ada lagi rasa ego,marah dan sikap2 negatif . Namun begitu, pilihan masih di tangan kita jika izinkan Allah.

*P/S: Jika pemahaman saya salah, harap tolong perbetulkan. Saya cuma meluahkan apa yang saya tahu. Sekian
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register