edrusli
Fun Poster
- Messages
- 591
- Joined
- May 13, 2006
- Messages
- 591
- Reaction score
- 2
- Points
- 15
Salam..
Tuan benar.
Saya dulu awalnya mahu Jalan Ahmadiah Idrisiah... datang sejauh 400km lebih semata-mata mahu jalan itu. Tetapi sampai kesudah sesat dalam Bandar Seremban (dan saya pakai GPS.. bukan biasa-biasa main terjah).. akhirnya 3 jam sesat pulang macam itu saja.
Pergi ke Kuala Kangsar cari Naqsyabandi disitu pula.. sampai ke petang tak ketemu.
Pergi merata-rata.. akhirnya serah pada Allah mohon ditemukan.
Seminggu kemudian kenalan offer jumpa seseorang di Selangor. Sampai sana terus dioffer... "Banyak berjalan-jalan kamu ni ya. Beginilah.. kamu mahu kenal mati sebelum mati tak?"
Rupanya segala benda saya duk cari merata-rata dah ada depan mata.
Kalau Allah izinkan konfirm jumpa. Masalahnya selama ni cari atas dasar nak jalan tertentu / keistimewaan tertentu.. padahal adab sebagai salik adalah hidup redha saja. Apa Allah tentukan serah pada Dia. Nak guru nak mursyid minta pada Dia. Buat apa lah sangat google pasal Ahmadiah Idrisiah dan Naqsyabandi lepas tu nak tarikat tertentu itu.
Seorang kenalan komen pengalaman saya dengan ayat cukup mudah:
"Jalan apa pun sama saja.. tapi mursyid Allah yang tentukan."
Tuan, selangoor tu kat meru @ s.alam? Manala tau pernah bersua muka
