fazil3801
Active Member
- Messages
- 1,691
- Joined
- Feb 17, 2007
- Messages
- 1,691
- Reaction score
- 10
- Points
- 25
Sikap Rakyat Terhadap Kepimpinan Islam
Sesungguhnya taat kepada penguasa termasuk dasar aqidah/i’tiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Tidak ada yang menyelisihi aqidah ini kecuali orang yang jahil atau pengikut hawa nafsu. Cukuplah usaha yang ebrsungguh-sungguh para ulama dalam menjelaskan aqidah yang murni ini di dalam kitab-kitab mereka sebagai bukti akan agungnya dan keutamaan kewajiban taat kepada penguasa/pemerintah/kerajaan. Bahkan dahulu dikatakan: “Enam puluh tahun bersama penguasa yang zalim itu adalah lebih baik daripada semalam tanpa penguasa.” (Fiqh as-Siyasah asy-Syar’iah, hal. 121, DR. Kholid al-Anbari Dar Minhaj)
Kewajiban mendengar dan taat kepada penguasa terletak kepada seluruh perkara yang bukan perkara maksiat kepada Allah s.w.t., karena tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam soal kemaksiatan kepada Allah. Dalil-dalil yang menerangkan usul yang agung ini di antaranya adalah sebagai berikut:
Allah s.w.t. berfirman;
Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS. Nisa [4]: 59)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah menyatakan:
“Ulil Amri mencakupi dua golongan, iaitu ulama dan penguasa.” (Majmu’ Fatawa, 18/158) (Lihat pula Tafsir at-Thobari, 5/93, Ibnu Katsir, 1/530, Fathul Bari, 8/254, Risalah at-Tabukiah, hal. 47)
Rasulullah juga bersabda;
Wajib bagi seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa) dalam perkara yang ia senangi dan ia benci kecuali apabila diperintah berbuat kemaksiatan. Apabila penguasa memerintah berbuat kemaksiatan maka tidak perlu didengar dan ditaati (kemaksiatan itu). (Hadis Riwayat Bukhari 13/121, Muslim 3/1469)
Al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani Rahimahullah menyatakan: “Hadis ini menunjukkan wajibnya taat kepada penguasa, hal itu berlaku dalam perkara yang bukan maksiat. Hikmahnya taat kepada penguasa adalah agar menjaga persatuan kalimat, kerana yang namanya perpecahan adalah kehancuran.” (Fathul Bari, 13/112)
Wajibnya taat kepada penguasa bersifat umum, sama saja kepada penguasa yang baik atau yang zalim selama mereka masih muslim, mengerjakan solat, tidak boleh memberontak sampai jelas kekafirannya. Inilah keyakinan Ahlus Sunnah wal Jama’ah, mereka mendahulukan nash-nash syar’i dan tidak mengikut hawa nafsu. Persoalan ini berbeza dengan keyakinan sebagian kelompok Islam yang membolehkan memberontak apabila melihat penguasa berlaku zalim (merupakan salah satu sifat/sikap puak Khawarij), atau kelompok yang terlalu menganggap suci penguasa hingga maksum dan tidak perlu menasihatinya!! (Ini berlaku di dalam kaum Syi’ah/Rafidhah). Allahu Musta’an. (Perbahasan ini banyak mengambil hujjah-hujjah dari dua sumber utama Muamalatul Hukkam Fi Dhauil Kitab was Sunnah oleh Abdus Salam bin Barjas, al-Wardul Maqthuf oleh Fauzi al-Atsari dengan sedikit tambahan oleh penulis)
ADAB KEPADA PENGUASA
Islam mengatur bagaimana seharusnya hubungan antara rakyat dan penguasa, agar hubungan ini berjalan dengan harmoni sehingga terbentuklah sebuah susunan/jalinan masyarakat yang diidamidamkan. Berikut ini sebahagian adab kepada penguasa;
1. Menghormati penguasa
Islam sangat memuliakan penguasa, hal itu kerana beratnya tugas yang mereka tanggung/pikul. Tidak boleh bagi sesiapa pun untuk memperlekehkan penguasa, baik dengan celaan, ghibah (umpatan) atau yang lainnya. Namun amat mendukacitakan ajaran yang mulia ini (yang berlandaskan Qur’an & Sunnah) sudah banyak dilupakan oleh sebahagian kaum muslimin, Jangan hairan andainya ada penguasa dijatuhkan kehormatannya, dicela dan direndahkan. Ketahuilah wahai saudaraku, Rasulullah melarang keras sikap merendah-rendahkan penguasa, Baginda s.a.w. bersabda;
Para penguasa adalah naungan Allah di muka bumi. Barangsiapa yang memuliakan penguasa, Allah akan memuliakannya. Barangsiapa yang menghina penguasa, Allah akan menghinakan dia. (Hadis Riwayat Baihaqi 17/6, as-Sunnah, Ibnu Abi Ashim, 2/698. Lihat as-Sahihah 5/376)
Imam Ibnu Abi Ashim dalam kitabnya as-Sunnah (2/727) dari Muawiyah bin Abi Sufyan dia berkata: “Ketika Abu Dzar keluar menuju Robadzah dia bertemu dengan sekelompok penduduk dari Iraq. Mereka berkata: ‘Wahai Abu Dzar kami sudah tahu apa yang dilakukan penguasa ke atas-mu, duduklah dan pasangkanlah bendera pemberontakan, maka orang-orang akan berhimpun bersamamu.’ Abu Dzar berkata: ‘Tenang.. tenang wahai saudara se-islam, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda: ‘Akan ada sepeninggalanku para penguasa. Hormatilah mereka, barangsiapa yang mencari-cari keburukannya, sungguh dia telah meruntuhkan dinding Islam. Tidak akan diterima taubutnya sehingga dia mengembalikan dinding yang dirosakkannya itu sebagaimana awalnya.”
Semoga Allah merahmati Sahl bin Abdullah at-Tustari yang telah berkata: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menghormati penguasa dan para ulama. Apabila mereka mengagungkan dua golongan ini, Allah akan memperbaiki dunia dan akhirat mereka. Apabila mereka merendahkannya, bererti mereka telah menghancurkan dunia dan akhirat mereka sendiri.” (Tafsir al-Qurthubi, 5/260)
2. Jangan dicela
Mencela penguasa adalah kesalahan yang besar. Rosulullah s.a.w. bersabda;
Jangan kalian mencela penguasa kalian, jangan kalian menipu dan membencinya. Bertakwa dan bersabarlah kepada Allah, sesungguhnya perkaranya dekat. (Hadis Riwayat Baihaqi dalam Syu’abul Iman 6/69, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah 2/488, Tahqiq DR.Basim Jawabirah dan beliau menghasankannya)
Ziyad bin Kusaib al-Adawi berkata: “Aku pernah bersama Abu Bakrah duduk di bawah mimbar Ibnu Amir yang sedang berkhutbah dan memakai pakaian tipis. Abu Bilal berkata: ‘Lihatlah pemimpin kita, dia memakai pakaian orang fasik!’ Abu Bakrah berkata: “Diamlah! Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang menghina penguasa Allah di muka bumi, Allah akan menghinakannya.” (as-Sahihah, 5/376)
Larangan mencela penguasa bukan hanya kerana memelihara kehormatan kepada mereka semata, akan tetapi demi membendung dan mencegah kerosakan/keburukan yang besar. Tidak mustahil bahawa diawali dengan soal cela-mencela akan berakhir dengan pemberontakan. Fahamilah wahai saudaraku! Taatilah sunnah Rasulullah dan pendirian para sahabat-sahabat Rasulullah.
3. Ingkarul mungkar kepada penguasa
Amar ma’ruf nahi mungkar merupakan salah satu asas yang sangat penting di dalam agama ini. Tegaknya amar ma’ruf nahi mungkar akan membawa kepada lahirnya kebaikan dan menghapuskan pelbagai kebatilan/kemungkaran. Allah s.w.t. berfirman;
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orangorang yang beruntung. (QS. Ali Imran [3]: 104)
Rasulullah bersabda;
Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka dengan lisannya. Apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman. (Hadis Riwayat Muslim, 49. Ahmad 3/10, Abu Daud, 1140. Tirmidzi, 2172. Nasa’i 8/111. Ibnu Majah 1275. Ibnu Hibban 306)
Lantas apabila sudah jelas kewajiban amar ma’ruf nahi mungkar, bagaimanakah cara yang syar’i dalam mengingkari kemungkaran penguasa? Hal ini perlu difahami dengan baik, agar kita tidak salah dalam mengatur langkah sebagai seorang muslim yang taat dan soleh. Janganlah kerana terburu-buru mengikut nafsu, amar ma’ruf nahi mungkar yang diingini menatijahkan kepada kerosakan yang lebih parah lantaran kaedah yang salah dan menjauhi Sunnah.
Ibnu Nuhas Rahimahullah berkata: ‘Mencegah kesalahan penguasa tidak boleh dengan kekuatan tangan, tidak boleh mengangkat senjata, atau mengumpulkan orang untuk memberontak, kerana akan membangkitkan fitnah, menimbulkan keburukan dan menjatuhkan kewibawaan penguasa, bahkan berupaya mendorong rakyat untuk memberontak, menghancurkan negeri dan yang seumpamanya dan kejelekan yang tidak samar lagi.” (hal. 46)