DDos
Legendary Member

- Messages
- 14,106
- Joined
- Nov 7, 2007
- Messages
- 14,106
- Reaction score
- 690
- Points
- 166
Kebimbangan UMNO terhadap persepsi rakyat yang semakin hilang kepercayaan terhadap Parti perjuangan bangsa Melayu ini nampaknya semakin nazak. Isu perhimpunan HINDRAF sememangnya mampu menjadi sensitif dengan adanya desakan, berita yang berterusan dari media serta sebarang SMS yang tiada henti. Curahkan sedikit minyak dan api akan menjadi bertambah marak. Hindraf mencetus api dan siapakah yang membawa dan mencurahkan minyak? Satu persoalan yang sepatutnya difikirkan agar nasi tidak menjadi bubur. Muhibbah tidak terkubur.
Kalau ianya tidak didalang oleh sesiapa, maka HINDRAF ternyata membuat kesilapan kerana menyertakan isu perkauman di dalam memorandum. Banyak pertanyaan yang timbul apabila MEMORANDUM yang belum di wartakan kepada orang ramai telah berjaya di bawa keluar dan diedarkan. Ada sesetengah rakyat yang beranggapan terdapatnya BARUA di dalam HINDRAF yang membocorkan rahsia tersebut dan ada pula yang menyatakan bahawa ianya dirancang oleh UMNO menerusi MIC. Kita tidak tahu sejauh mana benarnya dakwaan tersebut, namun sesiapa pun boleh mengambil kesempatan untuk kepentingan diri masing masing. Sekiranya perbalahan berlaku, siapakah yang mendapat manafaatnya?
Sehingga hari ini sudah terdapat beberapa tuduhan terhadap kepimpinan UMNO yang dinyatakan sebagai PUNCA kepada teredarnya beberapa SMS yang membangkit isu perkauman. Namun ramai yang dituduh terus memberikan alasan bahawa mereka tidak terbabit. Adakah strategi ini bagaikan ‘membaling batu sembunyi tangan’. Kalau benar ini belaku, kenapa tidak diambil tindakan?
Sejak awal tahun 2007, setiap nombor talipon bimbit, diambil keterangan pemiliknya.Ini untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. Kerajaan telah mengambil langkah yang bijak untuk mengelak kejadian ugut dan menyebar berita angin menerusi SMS. Namun sejauh mana ianya berkesan dan sejauh mana keadilan dapat ditegakkan sekiranya yang menjadi punca edaran SMS adalah dikalangan orang penting negara dan parti.
Kalau hendak seribu daya, kalau tak mahu, dipaksa pun tak guna. Mengesan punca SMS amat lah mudah. Cuma hubungi pihak syarikat telekomunikasi dan keluarkan paparan jalinan hubungan SMS. Semua nya ada di dalam komputer simpanan syarikat berkenaan. Cuma perkara ini tidak boleh dirungkai kalau ianya sememang tidak mahu DIUNGKAI.
Berikut adalah tuduhan yang melibatkan pemimpin pemimpin UMNO yang dikatakan mencuba untuk menghuru harakan perasaan muhibbah antara kedua dua bangsa.
jenguk kat sini

Last edited: