BTC USD 84,739.2 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Bahlul???????

lelabah

Super Active Member
gem
Messages
5,779
Joined
Nov 2, 2007
Messages
5,779
Reaction score
927
Points
121
Sering kali apabila kita tidak berpuashati dengan seseorang maka akan terkeluarlah perkataan BAHLUL. Adakah anda tahu siapakah BAHLUL sebenarnya......


Bahlul lahir di Kufah, Irak. Nama aslinya adalah Wahab bin Amr. Ia sebenarnya adalah seorang yang saleh dan bijaksana. Ia berpura-pura gila agar selamat dari hukuman Khalifah Abbasiyah yang zalim. Namun demikian, rakyat tetap mengakui kebijaksanaan dan keistimewaannya yang luar biasa.

Bahlul memang gila dan lucu. Namun sesungguhnya, ia menjadi “gila” kepada Allah SWT. Di balik tingkah konyolnya, Bahlul menyimpan segudang kebijaksanaan. Bahkan Syekh Junaid al Baghdadi, seorang sufi terkemuka, merasa perlu untuk meminta nasehatnya; para filsuf, fakih (ahli hukum agama), dan orang-orang bijak pun dibuat bungkam oleh kedalaman ilmu dan kebijaksanaannya

Sumber: http://id.shvoong.com/books/1863812-si-bahlul/#ixzz1rQ0b5iFq

Salah satu cerita Bahlul:-

Bahlul; beliau adalah seorang yang bijaksana. Tingkahlakunya sering dipersoalkan oleh orang ramai kerana seakan-akan gila dan lain daripada kebiasaan yang biasa dilakukan oleh manusia.

Beliau hidup pada zaman Khalifah Harun ar-Rasyid. Kebijaksanaannya mampu membuatkan Khalifah menangis apabila dia bertutur menasihati baginda. Pernah suatu ketika apabila beliau ditanyakan oleh Khalifah mengapa namamu Bahlul, maka Bahlul menjawab kerana aku memang bahlul.

Ditanya semula oleh Khalifah, "Apakah tiada yang lebih Bahlul daripadamu?". Bahlul menjawab, "Tidak pernah hamba berjumpa dengan orang yang lebih bahlul daripada hamba". Maka ketika itu Bahlul diberikan tongkat oleh Khalifah dengan berpesan sekiranya kamu berjumpa dengan orang yang lebih ***** daripadamu maka berika kepadanya.

Setelah Lama berpisah dengan Khalifah, tiba-tiba Bahlul mendengar khabar baginda sakit keras dan diramalkan akan segera mangkat. Maka dengan susah payah Bahlul menemui Khalifah. Tentu saja dengan membawa tongkat pemberian yang dibanggakannya.

“Wahai Amirul Mukminin, bagaimana khabarmu?”

“Aku akan pergi jauh, Bahlul. Jauh sekali, tak akan kembali,” jawab Khalifah.

“Pergi jauh? Apakah baginda sudah menyiapkan bekalan dan askar yang akan menjagamu?” tanya Bahlul.

“Dalam perjalanan yang satu ini, wahai Bahlul, kau tak bisa membawa bekal,” kata Khalifah.

Lalu Bahlul berkata, "Wahai Amirul Mukminin, tuanku melalui perjalanan selama satu atau dua hari dengan persiapan yang sangat mahal tetapi tuanku ingin pergi ke tempat yang tidak akan tuanku kembali tanpa membawa sebarang bekalan". Bahlul bangun dan berkata lagi, "Inilah tongkat sesungguhnya sekarang saya telah menjumpai orang yang lebih memerlukannya."

Sesungguhnya kebijaksanaan Bahlul ini dalam menasihati Khalifah Harun Ar Rasyid jarang diperdengarkan. Semoga beliau dirahmati Allah s.w.t.

http://mudarristarmizi.blogspot.com/2012/03/bahlul-si-bijaksana.html
 
Back
Top
Log in Register