BTC USD 84,573.8 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Ahmad Deedat?

pokshark

Super Active Member
Messages
6,936
Joined
Jul 9, 2008
Messages
6,936
Reaction score
86
Points
70
“Beliau ialah Sheikh Ahmad Husein Deedat. Lahir pada tahun 1918 di Tadkashafaz India. Berpindah ke Afrika Selatan ketika berusia sembilan tahun, dan menetap di Durban. Menyambung pelajaran di Markas Islam di Durban. Tamat pengajian pada tahun 1934, dan bertugas sebagai peniaga garam dan gula. Ketika itu beliau sering dikunjungi oleh mubaligh Kristian yang menyebarkan doktrin agama mereka, yang mana kunjungan itu telah mengubah corak hidup beliau.

Beliau telah mengambi keputusan mendalami pengetahuan tentang Bible, lalu meninggalkan pekerjaannya dan mula membuat persediaan untuk menghadapi para mubaligh tersebut. Pada tahun 1959 beliau mula menyusun strategi dakwahnya melalui dialog dan perbahasan yang dijalankan dengan paderi-paderi.

LIHAT PERDEBATAN BELIAU DISINI
http://produkpendidikan.com/deedat

Beliau menulis bukunya yang pertama yang berjudul “Muhammad dalam Perjanjian Lama dan Baru”, kemudian disusuli buku yang berjudul “Adakah Bible kalimat Allah?” Beliau memulakan perdebatannya dengan tokoh-tokoh
gereja pada tahun 1944 di segenap pelosok dunia, seperti Britain, India, Zimbabwe,
Mauritania, Malawi, Amerika Syarikat, Sweden dan lain-lain lagi.

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 8 Ogos 2005 dengan meninggalkan pelbagai
khazanah ilmiah dalam bentuk tulisan, ceramah dan perdebatan yang menjadi inspirasi kepada
mereka yang terbabit dalam mempertahanakan Islam melalui perbincangan perbandingan agama.
Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada beliau dan meletakkannya di maqam tertinggi
dalam kalangan para auliya as-solihin.

Amin ya
Rabbal Alamin.

Layari berkenaan beliau dan debat beliau dengan penganut agama kristian di :
http://produkpendidikan.com/deedat
 
Sedikit tentang En. Shah Kirit b. Kakulal Govindji, InsyaAllah

- Memeluk Islam pada tahun 1996
-Terlibat secara intensif di dalam program “International Da’wah Training Programe” di IRF Mumbai, India yang dikelolakan oleh presiden Islamic Research Foundation (IRF), Dr. Zakir Naik.
-Terlibat secara langsung dalam menganjurkan kelas perbandingan agama untuk pelajar universiti dan orang awam di IIS
- Penceramah jemputan Jabatan Agama Islam, Kerajaan dan Swasta, Universiti dan gereja
-Pegawai dakwah, IIS
-Pengarah Saba Islamic Media K. Baru.

cermah beliau
http://www.youtube.com/watch?v=y7bdf4agwTQ&feature=player_embedded
 
peik wrote:
Dia penah mai ceramah di USM penang. Aku salah sorang yang dengar ceramah tu. Yang best skali masa akhir ceramah "Is Jesus God" ada sesi soal jawab dengan penonton, Ahmad Deedat mencabar sesiapa yang boleh tunjukkan dalam bible yang manapun kalau ada ayat yang Jesus kata dia tuhan, la tu jugak dia masuk kristian.
Punyalah banyak org yang cuba tunjukkan ayat2 dalam bible yang kata Jesus tu tuhan, ada minah sabah ni siap dengan bible ditangan bertempik yang ayat tu memang ada dan dia pun baca....I and my father are one....
Tapi Ahmad Deedat kilas kelik dan last skali minah sabah tu ngaku bahawa apa yang dia tau selama ni mengenai jesus dan bible sangat merapu dari segi akal logik.
Yang best skali lepas tu, masa aku ngan kak aku nak pi makan Beriani kat Campbell street, aku terjumpa ngan Ahmad Deedat sedang dok makan beriani dengan beberapa org lagi. Aku tegur dia dan aku sempat bersembang ngan dia selama 10 minit.
 
Beruntung hang dapat jumpa dia.:o saya cuma kenal dia melalui buku karangan beliau.
 
abekelate wrote:
pemangkah wrote:
Kisah kisah perdebatan Sheikh Ahmad mengingatkan ana peristiwa yang ana alami kira2 12 tahun lepas.

Entah macam mana sedang ana mengemas kedai ana, tiba2 datang seorang bakal paderi (seorang hindu) kekedai ana. Pada mulanya nak membeli barang, tiba2 duduk bercerita tentang kristian.

Allah memang maha pemberi petunjuk, apa tak nya sebelum kedatangan bakal paderi tu, ana banyak membaca buku perdebatan agama2 ni. Dapatlah juga guna pengetahuan daripada buku2 tersebut menjawab, mematahkan dan menyerang statement2 bakal paderi tu.

Ana 'berbual' dengan paderi tu hampir 6 jam.

Ana nak cari buku Sheikh ni sebagai penambah pengetahuan betapa agungnya agama Islam yang kita anuti ni.

Semoga Allah meletakkan ruh almarhum Sheikh Ahmad Husein Deedat dimakam yang mulia.

apayang anta bincangkan?

Apa yang ana bincangkan? Alamak! dah banyak tahun dah kisah tu, banyak dah terlupa. Tapi ana cuba gak rewind balik mana yang ana ingat.

Mamat kristian tu berhujah tentang konsep trinity 3 dalam 1 dan 1 dalam 3.

Panjang lebar juga dia cuba memahamkan ana yang memang tak faham konsep trinity. Dia juga terangkan konsep rohul kudus dan konsep pengampunan dosa. Dia cakap rohul kudus ni pecahan tuhan punya ruh di masukkan kerahim maryam.

Ana banyak mencabar kesucian konsep tu berdasarkan konsep keesaan tuhan. Ana balas hujah konsep trinity tu dengan kebaikkan konsep satu tuhan.

Yang bagus mamat ni, dia tidak mengajak ana berbahas tentang Islam.

Yang buat lama sampai dekat 6 jam ialah bila ana pertikaikan kesucian bible. Ana guna point2 dalam buku "9 malam berdebat dengan Kristian" (kalau tak salah tajuk buku tu). Bersungguh2 dia cuba menegakkan benang yang basah.

Mintak mahap la bro, secara detailnya ana tak ingat apa yang dibincangkan.
 
peik wrote:
Dia penah mai ceramah di USM penang. Aku salah sorang yang dengar ceramah tu. Yang best skali masa akhir ceramah "Is Jesus God" ada sesi soal jawab dengan penonton, Ahmad Deedat mencabar sesiapa yang boleh tunjukkan dalam bible yang manapun kalau ada ayat yang Jesus kata dia tuhan, la tu jugak dia masuk kristian.
Punyalah banyak org yang cuba tunjukkan ayat2 dalam bible yang kata Jesus tu tuhan, ada minah sabah ni siap dengan bible ditangan bertempik yang ayat tu memang ada dan dia pun baca....I and my father are one....
Tapi Ahmad Deedat kilas kelik dan last skali minah sabah tu ngaku bahawa apa yang dia tau selama ni mengenai jesus dan bible sangat merapu dari segi akal logik.
Yang best skali lepas tu, masa aku ngan kak aku nak pi makan Beriani kat Campbell street, aku terjumpa ngan Ahmad Deedat sedang dok makan beriani dengan beberapa org lagi. Aku tegur dia dan aku sempat bersembang ngan dia selama 10 minit.

Ada video best ni... :D
 
saya mash lg tgh baca dan cuba memahami isi kandung dlm buku karangan beliau THE CHOICE.mula2 agak confius sebab bnyk perkataan dlm bible xfhm sgt.
 
Back
Top
Log in Register