BTC USD 82,808.0 Gold USD 4,188.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Abuya.....?

dari apa yang aku refer pada ustaz, sebenarnya bukan sesat al arqam ni... cima dari segi zikir dia ada yang perlu diperbetulkan.. dan taksub ahli ja...
sepatutnya tak perlu diharamkan... cuma betulkan apa yang silap...

satu lagi kesilapan yang agak besar abuya ada kata nak jadi PM yang ke 5.... tu sebab utama kena haram... coz kalau orang yang ada ugama jadi pm susah golongan penjilat nak cari makan...
ajaran ayah pin mula berkembang sejak 1995 menurut ustaz taib azamuddin... kenapa tak haramkan pulak... sebab tak de aset dan tak menggugat kerajaan...

yang paling tak best nya aset yang berpuluh juta dirampas... sapa yang makan semua duit tu...

kita jugak yang rugi... kalau dulu ada produk yang diyakini halal... nak makan mee ada mee arqam... buatan orang islam... sekarang kena makan mee ca ya nun alif... be3tul ke halal tu... ataupun cop ja...

sayang sekali....


sampai bila kita harus ditipu dengan fakta yang diputarbelit .... sampai bila....
 
sini ramai 'budak-budak' yang nak tunjuk pakar...biarlah....
 
kalau Abuya kata nak jadi PM lagi;
sah dia kan ditangkap.
tapi kalau setakat nak bagi kuliah KAFA.
orait lagi.
 
masa kecik aku pernah kawan ngan anak2 arqam.... tak da problem...

bahkan akhlak mereka memang aku respek...

mereka juga yang banyak ajar aku ikut sunnah nabi...

tak ok ke... kecik2 lagi dah pandai ikut sunnah...
 
aRQAM MEMANG BANYAK BERJASA DALAM BAB DAKWAH.
TAPI aBUYA TERSILAP CAKAP NAK JADI pm MASA tdm DULU.
DAH KENE NGAP.
TAULAH KERAJAAN BOLEH BUAT APE SAJE BUKTI YG DIMAHUKAN.
MACAM kUN pAYAKUN JE.
begitulah ngan kes DSAI dulu.
 
aku xfikir yg Al-Arqam & Rufaqa patut kena ban.. Mungkin diorg patut kena kaunseling je pasal zikir diorg.. Kalo yg menjadi isunya.. Sbbnya, diorg dah membuktikan bahawa umat islam mampu bersatu, mampu berdiri kat kaki sendiri.. Diorg ade klinik, tadika, sekolah rendah, kemudahan asrama, bisnes keperluan asas sendiri.. Diorg mengucap, diorg solah, diorg bayar zakat, diorg puasa, diorg buat semua rukun2 islam.. So, apa salahnya?? Yg salah mungkin pd zikir & doa diorg je, bukan benda pd rukun islam.. Benda ranting, bukan batang pokok.. Cantas jelah ranting tu, ajar buat ranting yg betul...
Ni pendapat aku jelah.....
 
betul ker citer, kicap al-arqam ni depa beli kat kilang cina gak kemudian tampal cap arqam............. tlg betulkan info ni yek!!!
 
dari apa yang aku refer pada ustaz, sebenarnya bukan sesat al arqam ni... cima dari segi zikir dia ada yang perlu diperbetulkan.. dan taksub ahli ja...
sepatutnya tak perlu diharamkan... cuma betulkan apa yang silap...

satu lagi kesilapan yang agak besar abuya ada kata nak jadi PM yang ke 5.... tu sebab utama kena haram... coz kalau orang yang ada ugama jadi pm susah golongan penjilat nak cari makan...
ajaran ayah pin mula berkembang sejak 1995 menurut ustaz taib azamuddin... kenapa tak haramkan pulak... sebab tak de aset dan tak menggugat kerajaan...

yang paling tak best nya aset yang berpuluh juta dirampas... sapa yang makan semua duit tu...

kita jugak yang rugi... kalau dulu ada produk yang diyakini halal... nak makan mee ada mee arqam... buatan orang islam... sekarang kena makan mee ca ya nun alif... be3tul ke halal tu... ataupun cop ja...

sayang sekali....


sampai bila kita harus ditipu dengan fakta yang diputarbelit .... sampai bila....

Kategori : Akidah
Tajuk :
Buku Aurad Muhammadiah



Keputusan
Buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam,
Sekaligus Menjawab Tuduhan oleh Ashari Muhammad hendaklah
ditahan penyebarannya kerana ia mengandungi ajaran dan fahaman
yang bertentangan dengan syariat Islam dan mengelirukan
masyarakat Islam
Oleh : Muzakarah Fatwa Kebangsaan
Tarikh Keputusan : 6 Oktober 1986

http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=107

Kategori : Akidah
Tajuk :
Pindaan Fatwa Tentang Fahaman Dan Ajaran Yang Dipegang Oleh Kumpulan Al-arqam Pimpinan Haji Ashaari Muhammad
Isu :
Fatwa :


A. Bahawa:
(a) Buku yang bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam sekaligus menjawab tuduhan “ yang ditulis oleh ustaz Ashaari Muhammad; dan

(b) “Manaqib ( Riwayat hidup ) Sheikh Muhammad bin Abdullah as Suhaimi” yang ditulis oleh Mohamad Taha as-Suhaimi.

Didapati kedua-dua buku dan manaqib tersebut di atas mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah Islamiah serta boleh mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Oleh yang demikian kedua-dua buku dan manaqib tersebut adalah diharamkan.

B. Bahawa kumpulan Darul Arqam atau al-Alqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman yang terkandung dalam buku bertajuk Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam sekaligus menjawab tuduhan dan Kitab Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi adalah diharamkan.

C. Bahawa pengharaman ini meliputi :

(a) apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran yang tersbut dalam butiran (A) dan termasuklah apa-apa pegangan ideology atau falsafah atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan; iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah atau kumpulan atau sistem amalan atau penuaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah;

(b) apa-apa jua bahan publisiti kumpulan Darul Arqam atau Al Arqam, termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan termasuklah suatu gambar, gambarfoto, poster, rajah, surat edaran,glansar filem,iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan untuk memberikan publisiti kepada terbitan tersebut, yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan pegangan di butiran (A);

(c) apa-apa terbitan ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain, dan apa apa bentuk keluaran ulangannya; dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, pita rakaman atau rekod, walau bagaimanapun jua dibuat, daripada suatu imej berdasarkan penglihatan yang mana adaah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat untuk menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring piring hitam, fotografi, pita-pita rakaman, cakera laser dan cakera padat yang mana dirakamkan rakaman suara manusia untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di butiran (A).

D. Oleh itu, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran pegangan dan fahaman kumpulan Darul Arqam atau Al-Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberikan ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan dan mengembangkan kumpulan ini.

Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda tanda yang boleh dikaitkan dengan Kumpulan Darul Arqam atau Al Arqam pada mana-mana harta alih atau tak alih.

E. Dan semua pihak dilarang memberikan kemudahan dan membantunya.

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=411
 
Back
Top
Log in Register