BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siang puasa, malam mabuk

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SUBANG: “Saya banyak masalah. Walaupun malam saya ‘minum’ tapi siang saya puasa,” itulah alasan yang diberikan seorang lelaki yang ditahan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais ) dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Sunway, awal pagi semalam.
Lelaki itu mendakwa cuba menghormati Ramadan tetapi terpaksa datang ke kelab itu untuk berhibur kerana tertekan ditinggalkan teman wanita. Dalam serbuan terbabit, selain penahanan lelaki berusia 28 tahun itu, turut dicekup lima wanita Islam yang berpakaian tidak senonoh.


Semua mereka ditahan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan dibawa ke pejabat Jais untuk diambil keterangan.


Bagaimanapun, kehadiran pihak berkuasa di kedua-dua pusat hiburan terbabit berjaya dikesan pengunjung beragama Islam menyebabkan mereka bolos dengan melarikan diri mengikut pintu rahsia. Serbuan kira-kira jam 1 pagi itu yang disertai Bahagian Penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut menahan enam lelaki kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Lima remaja bawah umur turut ditahan.


Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan yang menyertai operasi itu berkata, ini bukan kali pertama operasi dijalankan namun masih ada pengusaha kelab hiburan yang tidak mematuhi undang-undang.


“Kita mendapati kedua-dua pusat hiburan ini membenarkan remaja bawah umur masuk untuk berhibur sedangkan mereka masih bersekolah. Remaja terbabit akan diambil keterangan manakala pusat hiburan itu akan didenda RM5,000 kerana melanggar syarat pusat hiburan.


“Manakala enam lelaki yang positif mengambil dadah akan ditahan oleh pihak AADK mengikut Seksyen 3 (1), Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983 jika sabit kesalahan boleh di tahan di pusat pemulihan selama dua tahun,” katanya semalam.
 
“Kita mendapati kedua-dua pusat hiburan ini membenarkan remaja bawah umur masuk untuk berhibur sedangkan mereka masih bersekolah. Remaja terbabit akan diambil keterangan manakala pusat hiburan itu akan didenda RM5,000 kerana melanggar syarat pusat hiburan.

Adehhh...denda RM5,000 jerr...:mad::mad::mad:
Dendalah RM5 Juta, baru betul...
 
macam-macam..kasi sebat di khalayak ramai baru betul..sekali dgn tokey pusat hiburan tu sekali (bagi yang islam la)
 
bogelkan orang minum arak pastu suruh anjing kejar
 
zaman skrg nie...
mane tau baik n buruk...
men redah jer...
 
posa ikut adat bukan nak beribadah.. orang lain posa dia pun posa.. malam2 mabuk.. tujuan posa .. nak elak kena kutuk .. tak maknanya posa..
 
Macam-macam alasan digunakan. Macam la boleh lepas dengan alasan tu.
 
Back
Top
Log in Register