BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Si lalok simpan senjata

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SEREMBAN: Lain dicari, lain yang dapat. Operasi sepasukan polis untuk mencegah penyalahgunaan dadah membongkar perbuatan seorang lelaki dipercayai penagih dadah yang menyimpan selaras senjata buatan sendiri di Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, dekat sini, kelmarin.

Dalam operasi kira-kira jam 4 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin itu, lelaki terbabit yang berusia 41 tahun ditahan selepas polis menemui senapang angin buatan sendiri berserta peluru timah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan R Ravi Chandran, berkata ketika ditahan, polis menemui tujuh butir timah dipercayai peluru daripada lelaki terbabit.

“Hasil pemeriksaan lanjut dalam pondok kolam ikan yang didudukinya, polis menemui selaras senapang angin dipercayai buatan sendiri,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui tujuan sebenar lelaki itu menyimpan senapang terbabit namun tidak menolak kemungkinan ia digunakan untuk menembak binatang.

Katanya, lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 8 (A) Akta Senjata Api (Penalti lebih berat).

Sementara itu, Ravi berkata, pihaknya menahan tujuh lelaki disyaki penagih dadah dalam Ops Tapis yang dilakukan.

“Serbuan bermula kira-kira jam 1 pagi itu dilakukan di beberapa kawasan di sekitar Felda Bukit Rokan Utara bagi mengesan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis mengenai kegiatan penagihan dadah yang berlaku di kawasan mereka dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di talian 06-7619999 atau balai polis berhampiran.
 
Back
Top
Log in Register