BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sheila Majid bergelar Datuk

zaman dah kiamat..golongan artis diberi darjah yg tinggi berbanding golonagan berilmu
 
korang tau ke setiap majlis penganugerahan tu bape ramai yg dapat n sape yg dapat..???? yg korang tau je artis coz kuar paper...padahal beratus org yg dapat anugerah time tu....takan la paper nak kuarkan semua org yg dpt tu dlm paper...lu fikirlah sendiri

mmg la..tp artis??? kalo tempat artis 2 digantikan ngn org yg lebey layak...bole kan?? lebey menguntungkan negare kan??
 
patutnye mufti2 negeri dpt dato dulu, bukannye artis
 
Sheila bergelar Datuk

KUANTAN: Ketika industri hiburan tanah air berkocak dengan isu penganugerahan gelaran ‘Datuk’ oleh kerajaan Melaka kepada aktor Bollywood, Shah Rukh Khan sehingga mengundang kekesalan ramai penggiat seni tempatan, pengurniaan anugerah dari kerajaan Pahang yang memberi gelaran sama kepada penyanyi, Sheila Majid, sekurang-kurangnya membawa khabar gembira.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu jazz dan soul itu antara 90 penerima Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (DIMP) juga membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang Ke-78, hari ini.

Sementara itu, tiga menteri Kabinet iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen; Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob antara 20 penerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima darjah yang sama, Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Panglima Tentera Laut, Laksamana Abdul Aziz Jaafar; Ketua Pengarah, Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Panglima Ahmad Said Hamdan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Abdul Munit Kasmin.

Penerima SSAP lain, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Zarinah Sameehah Anwar; Ahli Lembaga Penasihat Tesco Malaysia, Datuk Mohamed Abid; Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Paul Mony Samuel dan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM International Bhd, Datuk Jamaludin Ibrahim.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail adalah antara sembilan penerima Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) membawa gelaran Datuk.

Penerima lain adalah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman; Pengarah Urusan, Proton Holding Bhd, Datuk Syed Zainal Syed Mohamed Tahir; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Zainol Othman dan Pengarah Besar Felda, Datuk Ahmad Tarmizi Alias.

Seramai 26 orang menerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yangmembawa gelaran Datuk, diketuai Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman.

Penerima DSAP lain Pengurus Besar Agro Bank, Martini Osman.

dah bising2 bagi kt artis kite lak..lepas ne diam la..:)):))
 
btul la rupe2nye kabar angin ni...hmmmm...da terbukti....:(scam:(scam:(scam
 
Back
Top
Log in Register