BTC USD 80,465.2 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sheila dapat menantu

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

sheilamantu1_1644755703.jpg

Sheila bersama suami, Datuk Acis gembira menyambut kehadiran menantu pertama.


KUALA LUMPUR: Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid menerima kehadiran menantu pertama apabila anak lelakinya, Megat Abdul Majid Aziz Roslan selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati, Nik Nuralia Nik Fauzi dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, di sini, pagi tadi.

Berkongsi keterujaannya itu, penyanyi lagu Sinaran itu mendoakan pasangan mempelai dikurniakan kebahagiaan dalam melayari rumah tangga hingga ke alam syurga.

"Semoga rumah tangga yang dibina dirahmati dan mendapat bimbingan Allah SWT.

"Saya juga sentiasa mendoakan semoga ikatan yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat," katanya kepada BH Online.

"Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan kehadiran Nuralia dalam keluarga kami.

"Sebagai ibu, sudah tentu saya mengharapkan mereka selalu bersatu dan bersepakat dalam semua perkara.
 
sheilamantu2_1644755706.jpg
Sebagai ibu, Sheila mendoakan anak keduanya, Megat dan isteri, Nik Nuralia selalu bersatu dan bersepakat dalam rumah tangga.

Pada majlis itu, pasangan mempelai yang dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Nik Fauzi sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Pengantin perempuan dihadiahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan serta menerima mas kahwin sebanyak RM80.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.

Malam ini, pasangan pengantin diraikan dalam satu majlis resepsi di lokasi yang sama.

Sheila turut berkongsi berita gembira dalam laman Instagram (IG) dan dibanjiri dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan artis tempatan dan seberang.

Antara selebriti yang turut berkongsi kegembiraan termasuklah Anuar Zain, Afgan, Datuk Ziela Jalil, Datin Nina Juren dan ramai lagi.

Terdahulu, Megat dan Nik Nuralia mengikat tali pertunangan pada Disember 2020.

Megat adalah anak kedua Sheila hasil perkahwinan terdahulunya bersama komposer terkenal, Roslan Aziz.
 
aku sampai sekarang confius...
kalau laki dapat datok...bini auto datin...
kalau bini dapat datok...laki auto datok jugak ke?
sebab x pernah lagi aku tengok orang laki pakai datin...
 
aku sampai sekarang confius...
kalau laki dapat datok...bini auto datin...
kalau bini dapat datok...laki auto datok jugak ke?
sebab x pernah lagi aku tengok orang laki pakai datin...
tak dapat ape.... gelaran datin untuk bini 1st ja..bini 2-4 tak dpt apa2 gelaran
 
Back
Top
Log in Register