BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sharlinie bakal dapat adik

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
DUNGUN – Kegembiraan pasangan Mohd Nashar Hussain, 30, dan isteri Suraya Ahmad, 29 yang bakal menyambut kelahiran anak keempat diselubungi kenangan peristiwa sedih ke�hilangan anak bongsunya, Sharlinie sejak setahun lalu.:

Suraya yang ditemui Sinar Harian di kediamannya dekat Kampung Padang Pulut, di sini berkata, keluarganya bagaimanapun berharap kesedihan tersebut bakal terubat apabila dia bakal melahirkan cahaya mata barunya itu, dijangka November ini.

Menurutnya yang sudah setahun menetap di kampung asal suaminya, walaupun dia bakal menimang cahaya mata keempat yang menjadi adik kepada Sharlinie, namun ingatannya pada anak perempuannya itu tidak pernah luput.

“Ingatan saya pada Sharlinie tidak pernah pudar, malah saya sentiasa berdoa pada Tuhan agar Sharlinie pulang semula ke pangkuan kami kerana kami amat merinduinya, tiada apa yang lebih menggembirakan kami selain dapat bersama semula dengan Sharlinie,” katanya.

Sharlinie, kanak-kanak yang masih dipercayai hilang itu sejak 9 Januari tahun lalu sehingga kini masih belum ditemui biarpun pelbagai usaha dijalankan mengesannya.

Ketika ditanya persediaannya untuk menyambut bayi yang bakal dilahirkan, Suraya yang kini sarat mengandung tujuh bulan berkata tidak banyak persediaan dilakukan olehnya.

““Saya hanya membeli beberapa helai baju baru untuk kegunaan anak yang bakal lahir nanti, yang lain hanya alar kadar sahaja, lagipun suami saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap sekarang,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register