zaralove
Super Active Member
- Messages
- 7,557
- Joined
- Aug 27, 2009
- Messages
- 7,557
- Reaction score
- 330
- Points
- 81
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
Gambar MOHD. SHAHARANI SAIBI
PUAS... Mas Idayu tetap berpuas hati dengan persembahan terakhir Shaq pada malam itu.
SHAQ boleh menyanyi, cuma mentalnya tidak cukup kuat untuk belajar cara saya. “Dia juga lambat menerima apa yang saya ajar. Dia perlukan masa dalam menerima sesuatu pembelajaran tapi saya tidak ada masa untuk itu.
“Saya ada tempoh dalam tiga bulan sahaja untuk mendidik, kami perlu pantas,” luah Mas Idayu sebaik sahaja protegenya, Shaq diumumkan terkeluar dari rancangan realiti Mentor musim keempat baru-baru ini.
Menurut Mas Idayu, Shaq juga lambat menghafal lirik dan ia sekali gus melambatkan proses mempelajari teknik nyanyian dan lain-lain.
Ahad lalu, Shaq atau nama sebenarnya Mohd. Shadini Ibrahim, 25, diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir dari rancangan realiti itu.
Protege kepada Mas Idayu itu terpaksa akur dengan markahnya yang terendah berbanding dua lagi protege.
Shaq menyanyikan lagu medley Hampa dan Yank, serta berduet dengan Black menerusi lagu medley Hati Rindu dan Kitalah Bintang pada Konsert Mingguan Mentor 4: Pusingan Akhir Kumpulan A.
Pada malam itu, Shaq memungut 27 markah mingguan dan mengumpul markah keseluruhan sebanyak 96.
Nani yang dibimbing oleh Azmeer pula memberikan persembahan yang memukau dan menerima markah mingguan yang tertinggi iaitu 38 markah.
Nani yang sebelum ini mendapat markah yang terendah akhirnya bangkit dan layak ke peringkat separuh akhir apabila berjaya memungut markah keseluruhan sebanyak 99 markah.
Protege Joe Flizzow, Ila pula berjaya mendapat markah mingguan sebanyak 35 markah, sekali gus melayakkannya untuk mara ke peringkat separuh akhir dengan markah keseluruhan 105 markah.
Menurut Mas Idayu, selain Shaq yang lambat ‘menelan’ apa yang diajar, masalah peti suara yang dihadapi juga sewaktu menyertai pertandingan itu dikatakan menjadi salah satu punca corak persembahannya terganggu setiap minggu.
Shaq dikatakan perlu berehat dalam tempoh yang lama untuk memulihkan kembali suaranya atau melakukan pembedahan jika mahu sihat secepat mungkin.
Namun, mentor yang terkenal dengan lagu Senggol-Senggolan itu tetap berpuas hati dengan persembahan protegenya pada minggu terakhir.
Baginya, dia berpuas hati Shaq tersingkir dengan cara bermaruah kerana dia memberikan persembahan yang terbaik berbanding minggu-minggu yang sebelumnya.
“Saya tidak pernah merasa curiga, bersalah atau melakukan kesilapan ketika memilih Shaq sebagai protege kerana saya tahu Shaq boleh menyanyi cuma mungkin ia bukan rezekinya, “ kata Mas Idayu.
akhirnya anak saya juga pandai,” tegas Mas Idayu.
Dengan penyingkiran Shaq, dua orang protege Kumpulan A iaitu Ila (Joe Flizzow) dan Nani (Azmer) akan melangkah ke peringkat separuh akhir.
Esok akan menyaksikan Kumpulan B yang terdiri daripada Adi (Dayang Nurfaizah), Mohd. (Ziana Zain), dan Ayim (Mus May) berentap untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
Sistem pemarkahan Mentor 4 terbahagi kepada tiga iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus undian juri awam yang terdiri daripada pelajar jurusan muzik, wartawan serta golongan semi-profesional dalam bidang muzik.
Mentor 4 diacarakan oleh Ally Iskandar dan pada minggu ini, juri profesional terdiri daripada Edry Abdul Halim dan Lah Ahmad.