Sila lihat Video ni. Dalam ceramah agama kristian ni, si Paderi ni membuktikan bahawa sebelum menganut ajaran menyembah nenek moyang, Org2 China menyembah tuhan yang esa. Adakah orang2 China dahulu-kala menyembah Allah? Mungkinkah ada Rasul yang telah diutuskan Allah kepada orang2 china?
http://www.youtube.com/watch?v=sSKM6eYMysk
Panjang sangat... Apapun...
Dipercayai Buddha adalah salah satu nabi atau mungkin rasul yang diutus Allah kepada kaum Cina...
Ingatlah bahawa setiap kaum, telah diutus nabi atau rasul untuk mengingatkan mereka tentang Allah, setelah kewafatan mereka, barulah kaum itu menyimpang dari ajaran sebenar... hatta dihantar Muhammad, untuk kesemua kaum didunia untuk pulang ke ajaran asal...
Sepanjang sejarah manusia, Allah telah mengutus lebih kurang (betulkan saya kalau silap) 312 (ada juga mengatakan 315) rasul dan 124000 nabi:
Dari Abi Zar ra bahwa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi,”(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi”. “Lalu berapa jumlah Rasul diantara mereka ?”. Beliau menjawab,”Tiga ratus dua belas(312)”. HR. At-Turmuzy.
Hadis oleh Imam At-Tabrani yang meriwayatkan dari Abu Umamah bahawa seorang laki-laki bertanya (kepada Nabi Muhammad ),
”Wahai Rasulullah, apakah Adam adalah seorang nabi?” Baginda menjawab,”Ya.” Kemudian orang itu bertanya,”Berapa masa antara dia dengan Nuh?” Baginda menjawab,”10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi,”Berapa masa antara Nuh dengan Ibrahim?” Baginda menjawab,”10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi,”Wahai Rasulullah berapakah jumlah para rasul?” Baginda menjawab,”315.”
Secara ringkasnya dipercayai semua agama yang ada sebelum nabi Muhammad adalah berasaskan agama samawi sebelum ianya menyimpang...
Agama yang terang-terang adalah bukan agama samawi (dan pengasasnya terang-terang bukan nabi atau rasul) adalah selepas zaman Rasulullah seperti:
Sikh
Druze
Baha'i
Apa-apa pun, Wallahu alam!