BTC USD 85,773.5 Gold USD 4,294.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sex tu apa?

aqua.self

Active+ Member
Messages
2,601
Joined
Dec 5, 2010
Messages
2,601
Reaction score
36
Points
30
Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,
Daddy.daddy....sex tu apa, daddy..?

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan
pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang
bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. :((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((
Si ayah kehairanan.

Eh kenapa ni?

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.


Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... .





NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............ ......... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... ....
SEX :........... ......... ......... .....:D
 
Byk kali baca dah ceter ni...btw ok jgk lah...
 
lawak tak sampai...sbb astrok..
 
Back
Top
Log in Register