BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Sex maniac detected!



kejadah la driver grab ni buat gini kat passenger gigirl
 
398031-398031.jpg


dah kene dicekup
 
398312-398312.jpg


Intai murid sekolah, warga emas direman 7 hari

Gua Musang: Seorang lelaki warga emas ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes mengintai murid perempuan di sebuah sekolah rendah, di sini, baru-baru ini.

Penahanan reman lelaki yang juga suami kepada seorang Guru Besar itu disahkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo.

Katanya, warga emas itu ditahan reman bermula semalam selama tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Paya Linda Yahya
Kredit➡️ Harian Metro
 


syiah toi
 


Tengah² malam lelaki ini didakwa curi pakaian dalam yang dijemur di ampaian. Kejadian dilapor berlaku dekar Klang, Selangor.

#utusanplus
 

14255683121408085-405982.jpg

14255683121408085-405983.jpg

14255683121408085-405984.jpg

14255683121408085-405985.jpg

14255683121408085-405986.jpg


Kantoi rakam wanita dalam tandas, lelaki dicekup orang awam

Zainon Talip

Miri: Tindakan seorang lelaki dipercayai merakam gambar seorang wanita di dalam tandas sebuah kedai makan di pekan Bekenu, hari ini, mengundang padah apabila dia ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Kejadian itu disedari mangsa ketika berada di dalam tandas premis berkenaan sebelum bertindak memaklumkan perkara terbabit kepada orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Susulan itu, beberapa individu yang berada di kawasan berkenaan berjaya menahan suspek sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Bekenu bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Menurut sumber, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bagi membolehkan siasatan dijalankan.



Menurut sumber, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bagi membolehkan siasatan dijalankan.



Artikel Harian Metro
 
14277825706273413-412914.jpg

14277825706273413-412915.jpg

14277825706273413-412916.jpg


𝐒𝐔𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐊𝐄𝐒 𝐂𝐔𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍

TAWAU, 22 Jul – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki mencuri pakaian dalam wanita yang dijemur di sebuah rumah di Kampung Haji Matahir, Tawau dalam kejadian awal bulan ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana Watt berkata, mangsa berusia 47 tahun menyedari beberapa helai pakaian dalam milik isterinya yang dijemur di luar rumah hilang ketika memeriksa kawasan kediaman sebelum membuat laporan di Balai Polis Bombalai untuk tindakan lanjut.

Katanya, bertindak atas laporan itu, polis menjalankan risikan dan siasatan sebelum berjaya mengesan serta menahan suspek warga asing berusia 20-an kira-kira jam 10.30 malam, semalam di hadapan sebuah rumah di Kampung Haji Matahir, Tawau.

"Hasil soal siasat awal, suspek kemudian menunjukkan lokasi barang kes sebelum polis menemui dan merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan di dalam rumah suspek serta di kawasan semak berhampiran.

"Rampasan membabitkan beberapa helai pakaian dalam wanita, selain sehelai baju berwarna hijau dan sebuah songkok hitam yang dipercayai dipakai suspek ketika melakukan perbuatan itu," katanya.

Menurutnya, suspek yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan kediaman dan segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesan sebarang perlakuan mencurigakan bagi membantu usaha dalam membanteras jenayah.

#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
#BersamaKeArahTawauSejahtera
#CrimeStoppers
#BeSmartStayAlert
#DadahMusuhNegara
#MADANIBekerja

Sumber Ipd Tawau
 


hati2 gais yang naik tren
 
14285787572945669-415378.jpg

14285787572945669-415379.jpg

14285787572945669-415380.jpg

14285787572945669-415381.jpg


Lelaki ditahan disyaki rakam bawah skirt wanita di Pesta Kuching

Utusan Sarawak
August 3, 2026



Orang awam yang menahan suspek mendakwa mereka menemui beberapa gambar serta video mengintai di bawah skirt melibatkan beberapa wanita lain di dalam telefon bimbit suspek sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

Pihak polis telah dihubungi bagi mendapatkan pengesahan berhubung kejadian itu.

Apabila dihubungi Utusan Sarawak, Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng, belum memberikan sebarang komen.


Artikel Utusan Sarawak
 
419330-419330.jpg


Lelaki disiasat kerana berkelakuan tak senonoh depan wanita


Sungai Petani: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki yang didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan sebuah kereta dipandu seorang wanita di Taman Keladi, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8 malam pada 20 Ogos lalu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

"Kita meminta mana-mana individu yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan supaya tampil membantu siasatan.

"Orang ramai yang berdepan kejadian seumpama ini juga dinasihatkan membuat laporan polis dengan segera atau menghubungi talian kecemasan 999," katanya.

Kejadian itu menjadi perhatian selepas satu hantaran tular di media sosial mendakwa seorang lelaki berkeliaran di sekitar kawasan perumahan berkenaan dan melakukan aksi tidak senonoh ketika seorang wanita masih berada di dalam keretanya.

Berdasarkan hantaran melalui Facebook (FB) pertubuhan sukarelawan Sungai Petani di Facebook mendakwa, wanita terbabit dikatakan masih berada di dalam kenderaan dan belum turun ketika lelaki berkenaan didakwa melakukan perbuatan tersebut di hadapan kereta.

Melalui hantaran sama turut mendakwa lelaki berkenaan pernah terbabit dalam kejadian mencuri pakaian dalam wanita, namun dakwaan itu belum disahkan polis.

Susulan itu, pertubuhan sukarelawan itu menasihatkan orang ramai, khususnya wanita yang memandu bersendirian, supaya sentiasa berwaspada terhadap keadaan sekeliling dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berdepan sebarang gangguan atau perbuatan mencurigakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.


Artikel Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register