hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,546
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,546
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Polis buru lelaki cuba 'curi-curi' rakam bawah kain
KUALA LANGAT - Polis buru seorang lelaki berkaitan kes rakam dan gangguan seksual di sebuah pasar raya di Jenjarom di sini.
"Ekoran itu kita telah membuka siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
"Usaha mengesan suspek masih giat dilakukan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat kejadian boleh tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.
Tambahnya, polis juga menasihatkan agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.
Sebelum itu, satu rakaman video berdurasi 25 saat tular di media sosial Facebook mengenai insiden terbabit.
Berdasarkan rakaman, suspek berjalan menuju ke arah wanita sebelum mencangkung dipercayai untuk mengambil gambar dari bawah kain dipakai wanita terbabit.
Selepas disedari wanita terbabit, lelaki berkenaan berpura-pura seolah hendak mengambil serta membelek kotak di lokasi itu.
Sumber : Sinar Harian
16 Disember 2024 11:29pm