Salam semua ,
Saya ni org baru kat sini dan antara pembeli hiphone ni.Hari ni baru saya dapat hiphone tu , ptg tadi.itu pun pi amik kat center dia kat pandan indah.
Masa gi amik tu dalam pukul 6.07 ptg.Nasib baik bukak lagi.Masuk2 je terus bertanya dan dia mintak no yg miera kasik tu.So aku pun bagi, pastu dia pun cari dan jumpalah bungkusan aku kat bahagian bawah natara bungkusan2 lain. mmmmm barang elektronik pun jadik camni ... tak tau la kalau kena lambung ke tak ....
Aku pun balik .... bukak je bungkusan Skynet dalam tu ada bungkusan Poslaju pulak.Aku bukak lagi .. sampai la jumpa kotak. Suspen gak bila bukak sebab byk citer dlm thread ni aku baca ... Alhamdulillah hiphone yang diterima OK. Tiada calar-calar. Aku pun baca manual dan on. Semua berjalan seperti biasa.
Dalam kotak tu aku cuma terima kepala charger dan notes dari miera.
Dalam pemerhatian aku terhadap biz ni dan modus operandi biz ni aku lihat ada kelebihan dan ada kekurangan. Aku akui dalam nak start biz mesti ada keberanian dan kejujuran. Cam aku dulu2 .
So kat sini ada beberapa soalan yang aku nak tanya buat miera , bukan bermaksud nak kenakan miera atau nak marah .Cuma ni apa yang aku rasa patut ada pada seorang peniaga.
1 : Untuk hantar pakai courier skynet ada dinyatakan bahawa Skynet hanya akan tanggung Max RM 100 sahaja terhadap barang yang hilang .
2 : Sebelum kita menjual sesuatu barang tersebut, seharusnya kita memahami dahulu prosedur2 perniagaan seperti adanya resit bila jualan dibuat , adanya contact number untuk pertanyaan atau waranti , dan adanya sikap yang baik dengan bakal customer ,customer atau regular customer.
3 : Pada pendapat aku sendiri bila melakukan pembelian online ni selain company hosting aku rasa agak stress gak kali ni sebb byk kali cuba contact miera through YM tp tak berbalas.Bukan nak ngorat tapi nak tanya status dan juga yang paling penting untuk waranti kelak. Tp bila tengok camni , aku pun takleh nak judge lagi cane waranti miera kelak.
4 : Ni off topic skit , harga untk iphone 3g sememangnya USD 199 dan akan masuk ke pasaran Singapore kelak.Tp aku rasa lama lagi kot. Sbb pasaran US luas lagi.
mmmmm byk lak berceloteh ... sorry kawan-kawan sbb panjang menulis. Pada miera , do your best kay , sorry kalau aku tulis ni ada yang tak elok pula.Ni cuma untuk guide bersama.
Ok la selamat malam semua .....
p/s : piston9 ko gi Melawati cek , sbb aku rasa masih ada di sana tu. Aku nyer kedai kat Gombak gak ....
