Just nak bagi pendapat.
Memandangkan majority mahukan COD, termasuk aku, aku pikir baik ko consider kehendak diorang ni Intan. Dalam seminggu ko spend masa satu hari jumpa customer untuk COD. Tu pun bukan makan masa sehari suntuk pun. 2-3 jam je untuk selesaikan segala urusan pembelian. Kita perlu paham, ramai yg ada kat sini tak pernah berurusan dgn ko Intan (no offend). Jadi untuk mewujudkan hubungan baik antara penjual dgn pembeli, adalah sgt mustahak ko jumpa dulu. Kenal mengenal antara satu sama lain, tapi bukan berkenalan dgn niat untuk perkara-perkara lain (ramai yang nak lebih daripada membeli) selain dr urusan jual beli. Keyakinan pembeli (keyakinan penjual akan hilang kalau selalu bukan urusan perniagaan dibincangkan) akan terhasil bila kita berjumpa terus dgn penjual face to face (saya dah tak buat OFFLINE SALE lagi, sorry). Sekiranya selepas urusan jual beli pertama berlaku dgn lancar dan masing-masing penjual dan pembeli berpuas hati (saya kan dah kata, urusan C.O.D dah 3 kali saya buat dalam biz saya), pembelian seterusnya boleh dilakukan secara online, sebab sudah wujud keyakinan dalam diri penjual dan pembeli. Itupun masih bergantung pada pembeli juga. Sekiranya pembeli masih ingin berurusan secara COD, kita terpaksa akur dgn kehendak pelanggan. Gunakan masa satu hari dalam seminggu utk melakukan urusan jual beli secara COD (saya perlukan masa setiap hari dan setiap masa untuk bekerja & stabilkan semua urusan biz saya). Kalau ada pelanggan yang tak dapat datang pada hari yang ditetapkan (ini pun salah satu sebab kenapa saya tak buat C.O.D), Intan boleh jual terus pada mana-mana individu yang datang tanpa membuat temu janji dan dia serius untuk membeli barang jualan.
Perlu diingat, perjumpaan adalah hanya untuk urusan jual beli sahaja. Tak lebih dari itu. Yang ni tak payah la aku nak terangkan dgn lebih lanjut, korang paham la apa dia. yang nak jadi pembeli pulak, kita kena hormat dan faham kedudukan Intan yang sibuk dengan urusan perniagaan, jadi masa urusan jual beli COD tu nanti jangan kita pulak buat perkara-perkara yang tak sepatutnya.
Aku mintak maaf kalau komen aku ni buat ko terasa hati plak Intan. Bukan nak menjatuhkan ko, tapi teguran membina.
Aku harap benar ko pertimbangkan cadangan aku ni.
Wassalam