BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Setiausaha Agung NATO panggil ‘Daddy Trump’

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
Flash-NATO-scaled.jpg

GAMBAR fail Trump (kiri) dengan Rutte. - Foto AFP

THE HAGUE, BELANDA  –  Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Mark Rutte memanggil Presiden Donald Trump dengan gelaran ‘Daddy’, lapor portal berita ABC News hari ini.

Rutte berbuat demikian semasa memberikan reaksi balas berhubung kenyataan Trump mengenai perang antara Iran dan Israel pada Sidang Kemuncak NATO di The Hague Rabu lalu.

Dalam pertemuan empat mata antara mereka, Presiden Amerika Syarikat tersebut menyamakan Israel dan Iran seperti dua kanak-kanak bergaduh di sekolah.

“Anda tahu, mereka bergaduh besar. Anda tidak boleh menghalang mereka begitu sahaja. Biarkan mereka bergaduh dua hingga tiga minit, barulah mudah untuk meleraikan mereka,” kata Trump.

Rutte pula mencelah: “Daddy Trump kadang-kadang perlu menggunakan bahasa kesat untuk membuat mereka berhenti.”

“Ya benar, anda perlu menggunakan bahasa kasar. Ada ketika anda perlu menggunakan perkataan tertentu,” kata Trump pula.

Selasa lalu, Trump meluahkan kekecewaan berhubung konflik Israel-Iran dengan mengeluarkan kata-kata kesat  sebelum meninggalkan White House, menuju ke sidang kemuncak NATO.

Rutte mempertahankan penggunaan kata-kata kesat itu dan memuji Trump sebagai rakan yang baik. – AGENSI

papa non vs papa trump
 
Trump ini Bapa Dunia...mcm ada org claim dia bapa negara
 
Back
Top
Log in Register