BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Setiap tahun kena baiki meter'

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Jalil menunjukkan contoh perbezaan resit meter yang tertera nama dan nombor talian SPAD yang dikatakan menjadi sebahagian syarat lulus pemeriksaan Puspakom.​

KUALA LUMPUR - Kebiasaannya aduan yang didengar adalah tindakan pemandu teksi yang mengubah suai meter untuk memanipulasi harga tambang.

Namun sebaliknya, terdapat kes pemandu teksi yang menjadi mangsa syarikat pembekal meter yang didakwa memanipulasi meter untuk mengaut keuntungan.

Situasi itu dialami oleh sekumpulan pemandu teksi yang tampil mendedahkan penipuan berkenaan dipercayai berlaku sejak beberapa tahun lalu melibatkan pemandu teksi yang menggunakan meter dari syarikat tersebut.

Salah seorang pemandu teksi, Aziz Abu Samah, 63, berkata, dia membeli meter daripada syarikat berkenaan dengan harga RM850 sejak enam tahun lalu, namun berdepan kerosakan setiap tahun.

"Meter itu seolah-olah diprogramkan, apabila sampai satu tahap skrinnya akan padam dan perlu dibawa ke syarikat berkenaan.

"Setiap kali kena antara RM80 ke RM120. Ini seperti penganiayaan kepada pemandu teksi yang gunakan khidmat mereka kerana tidak mempunyai pilihan," katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Jalil Ismail, 61, dia juga berdepan situasi sama selama empat tahun sejak 2006.

"Pada 4 April lalu, saya lakukan ubah suai meter di situ. Saya dikenakan caj RM110 untuk meter dan RM60 untuk 'SPAD' yang tidak dijelaskan secara terperinci dalam resit.

"Ia kononnya tulisan tambahan dalam resit meter. Kononnya tidak lulus Puspakom jika tiada tulisan itu. Namun, setahu saya SPAD juga tidak pernah mengeluarkan pekeliling tentang itu," katanya.

Justeru, mereka berharap SPAD dapat membuat siasatan terhadap syarikat-syarikat pembekal meter yang dilantik bagi memastikan perkara berkenaan diatasi termasuk membuat penapisan semula syarikat-syarikat berkenaan.
 
Back
Top
Log in Register