BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Setengah jam bergelut dengan raja ular

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Ular tedung selar ini berjaya ditangkap selepas setengah jam.
< 1 / 1 >
TELUK KUMBAR - Hampir setengah jam kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Barat Daya terpaksa bergelut dengan raja ular yang ditemui tersangkut di pukat seorang nelayan di Sungau Batu, dekat sini.

Ketua Daerahnya, Zunaidin Abdullah berkata, ular dikenali dengan nama King Cobra itu terpaksa ditangkap lebih daripada tiga kakitangan.

Menurutnya, itu kali pertama JPA Daerah Barat Daya menjumpai ular yang turut dikenali sebagai tedung selar sepanjang empat meter.

“Sebelum ini kami hanya temui ular sepanjang satu hingga ke dua meter sahaja, tetapi kali ini mungkin boleh dianggap terpanjang.

“Lama juga kami hendak menjinakkan ular tersebut kerana ia agak agresif,” katanya kepada Sinar Harian.

Zunaidin berkata, biasanya ular sebegini selalu ditemui di kawasan lain seperti Relau dan Balik Pulau.

"Sehingga kini, ular tedung selar berkenaan disimpan oleh JPA dan akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Taman Negara dalam masa terdekat," katanya.
 
Selalu ular2 ni lps dyeorg tgkp dyeorg bunuh terus ke
 
memang kena ada ilmu baru leh jinakkan king cobra nih..
 
:o woo dekatnya muka abam tu ngan kepala king kobra tu...
relax je abam ni.kalau kite menggelator pala lutut da
 
mcm tu ke cara selamat pegang ular? mencabar logik betul.
 
Ari tu ada jumpa budak remaja tangkap ular tepi jalan.. memang berani
 
tersangkut kat pukat nelayan...

jumpa kat laut ker nih..??
 
Back
Top
Log in Register