BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Setakat balak atau peringatan darinya ?

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
Firman Allah swt dalam surah al-Syura ayat 30 maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Jika diperhatikan ayat di atas dengan cermat kita secara jujur akan dapat menangkap pesan-pesan moral ilahi dengan kesedaran bahawa Tuhan menimpakan azab dengan tujuan mengingatkan hambaNya yang selalu lalai.

Hakikatnya musibah yang berlaku apa bentuk sekalipun, samada kehilangan orang tersayang, dibuang kerja, perceraian, penyakit , ditipu kerugian dalam urusniaga begitu sulit untuk dihapuskan dari memori kolektif, bukan sahaja oleh golongan yg menghadapi musibah itu tetapi oleh kita semua yang menjadi saudara, adik, atau kawan kepada seseorang itu. Kesan perasaan ini begitu memberkas dalam diri sehinggalah mengalami gangguan berganda lebih teruk dari yang dijangkakan.
 
Back
Top
Log in Register