BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Setahun huni kaki lima

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: “Sejak keluar dari penjara, saya malu untuk pulang ke kampung. Biarlah terpaksa tidur di tepi jalan, asalkan tidak menyusahkan sesiapa,” kata wanita dikenali sebagai Bibi, 49 yang menjadikan kaki lima sebagai tempat tinggalnya.

Menurut Bibi, dia menginap hampir setahun di kaki lima sekitar Chow Kit dan tidur beralaskan kotak.

“Pada waktu siang, saya bekerja sebagai pembantu kedai di Jalan Haji Taib sehingga jam 7 malam. Sementara menunggu malam, saya akan duduk di warung bersama rakan lain.

“Mula-mula rasa malu tapi lama kelamaan tak rasa apa sebab ramai yang senasib. Tapi, majikan berjanji akan sediakan tempat tinggal, cuma tak tahu bila,” katanya yang pernah dipenjarakan selama 18 bulan kerana terbabit dengan pengedaran dadah.

Selain Bibi, terdapat puluhan lagi pengemis yang menjadikan lorong di sekitar ibu negara sebagai tempat tidur tanpa rasa malu atau bersalah walaupun dituduh mencemarkan imej bandar raya.

Mereka ditemui sewaktu program memberi makanan disumbangkan Pengarah Urusan Pesona Anita, Wan Anitabanun Salleh awal pagi kelmarin.

Menurut Anita, dia terpanggil untuk memberi sumbangan makan dan minum kepada pengemis terbabit kerana simpati nasib mereka.

“Kita tidak tahu kisah silam mereka sehingga sanggup menjadikan lorong gelap serta kaki lima tempat tidur.

“Walaupun segelintir manusia memandang mereka dengan perasaan jijik dan kotor, bagi saya mereka juga mempunyai hak dihargai sebagai manusia,” katanya yang menyumbang kira-kira 50 bungkusan makanan dan minuman pada program itu.

Bagi Pengasas Rumah Kebajikan Sinar Salam, Arfidah Ab Latif, berkata pihaknya menyediakan pelbagai program bagi membimbing pengemis serta pelacur dan penagih dadah di sekitar Chow Kit untuk kembali ke pangkal jalan.

Antaranya, kelas agama dan motivasi, membantu mencarikan pekerjaan yang halal serta bantuan kewangan.

“Memang ini bukan kerja mudah namun saya tidak akan berputus asa kerana ada yang insaf dan menjadi manusia berguna untuk menebus dosa silam.

“Kita memberi peluang kepada mereka yang pernah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral sebagai pekerja dan sukarelawan memandangkan mereka yang kenal kawan mereka dan membantu mencari erti kehidupan sebenar,” katanya yang turut serta dalam program itu.
 
sepatutnya kerajaan malaysia bantu rakyat sendiri ...
daripada bantu rakyat asing yg tak tau ucap terima kasih ....
 
woohhhh......tabik spring larrr...masyarakat malaysia ex banduan,..kekawan semua.org mcm ni patut dibantu...
 
Back
Top
Log in Register