BTC USD 84,354.1 Gold USD 4,151.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Set hidroponik kazzponic

benih pegaga biasa ke yg jepun ? Yg Pegaga Jepun sy akan amik minggu depan. 1 polibeg = RM30.

Market Misai Kucing = cuba iklankan sekilo kering bape inggit...pegaga jepun tu blm ada kepastian lagi diowang nak amik atau tak?
tu yg polibeg tu dah siap semai... aku nak benih biji. Nak semai sendiri

Pegaga kerinting je kalau ada yg bese org kampung tanam tu.

Misai kucing tolak basah la, nak wat kering oven takde. Nak jemur nanti banyak problem. Kemungkinan utk off spec tinggi. Nak pakai ban, ban pun tadak :D
 
]
KAZZPONIC SDN BHD
DI
"KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA"
DIRASMIKAN OLEH Y.A.B DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI.
​



Bermula 16 Januari ini hingga 20Januari 2009, KAZZPONIC SDN BHD akan terlibat dalam "KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA" yang akan diadakan selama 5 hari dan akan dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi bermula jam 3petang.Sekiranya anda usahawan tani, hobi anda menanam di rumah atau yang ingin mencari peluang perniagaan baru, kami menjemput anda ke kempen ini.

Kempen ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran rakyat malaysia terhadap kualiti barang dan perkhidmatan syarikat dalam negara sebagai usaha untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mapan di sebalik tekanan krisis ekonomi dunia.

Sehubungan dengan itu, kami akan mengadakan promosi produk-produk keluaran KAZZPONIC SDN BHD iaitu Set Kazzponic, Baja cecair Kazz dan juga Hidrokultur. Jangan lepaskan peluang ini bersama kami kerana kami menjanjikan pembaharuan dalam pertanian di Malaysia.

Datanglah beramai-ramai di sana untuk mengetahui cara-cara penanaman hidroponik dan peluang perniagaan dengan produk kami oleh pakar dalam bidang pertanian hidroponik di Malaysia.


MAKLUMAT PERASMIAN:
Dirasmikan oleh:Y.A.B Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi
Tarikh perasmian: 16 Januari 2009
Masa:3 petang
Tempat: Mydin Mall USJ, Subang Jaya.
Gerai KAZZPONIC SDN BHD: Bersebelahan gerai KPDNHEP



JANGAN LUPA KUNJUNGI GERAI KAZZPONIC DI SANA!!!​
[/QUOTE]
 
tu yg polibeg tu dah siap semai... aku nak benih biji. Nak semai sendiri

Pegaga kerinting je kalau ada yg bese org kampung tanam tu.

Misai kucing tolak basah la, nak wat kering oven takde. Nak jemur nanti banyak problem. Kemungkinan utk off spec tinggi. Nak pakai ban, ban pun tadak :D

pegaga jepun >> org kita tak ramai yg tanam utk pasaran komersial
pegaga kampung >> biasa org tanam wat ulam

Misai kucing klu tolak basah kena tolak ngan orang yg supply misai kucing kat pengeluar produk misai kucing. MURAH
klu blh bagi dry blh direct ke pengeluar. MAHAL/ HARGA TINGGI
 
blh bg gambar tak? cmane rupenye mende ni?
 
Pertama sekali yang anda perlu tahu tentang set Kazzponic ini adalah apakah sumbangan yang telah Syarikat Kazz Hidroponik beri secara tidak langsung kepada anda, dan ekonomi negara.

1.Set Kazzponic menjimatkan perbelanjaan dapur anda.
Ramai yang tidak tahu bahawa sebahagian daripada wang kita dihabiskan untuk membeli barangan untuk dapur. Purata perbelanjaan sayur yang dihabiskan sehari menurut kajian adalah sebanyak RM4.00. Ini termasuk untuk makan tengahari dan makan malam. Jika yang bekeluarga, jumlah itu pastinya lebih daripada itu. Jadi, jika dikira perbelanjaan untuk sebulan, ianya boleh mencecah RM120.00. Manakala untuk setahun, ianya boleh mencapai RM1440.00. Itu Cuma untuk perbelanjaan sayur-sayuran sahaja. Jika dicampur dengan barangan dapur yang lain, seperti gula, garam, minyak, buah-buahan, serta bahan-bahan masakan lain jumlah itu pasti lebih banyak dari yang dijangka.

Justeru itu, dengan menanam sendiri di rumah, anda boleh menjimatkan sebahagian daripada perbelanjaan dapur anda. Misalnya dengan menanam sendiri cili menggunakan kaedah ini, anda tidak perlu lagi membeli cili di pasar. Buah-buahan seperti tembikai juga pernah ditanam menggunakan kaedah ini dan ternyata ianya membuahkan hasil yang memuaskan. Jadi, cubalah set Kazzponic untuk menanam buah-buahan kegemaran anda sendiri tanpa perlu lagi membeli buah-buahan di pasar.



2.Set Kazzponic menjamin kesihatan anda.
Bagaimana kami begitu pasti untuk memberi jaminan kepada kesihatan anda? Kami ada bukti yang menunjukkan set Kazzponic ini adalah baik untuk kesihatan terutamanya dari segi penggunaan baja dan racun. Baja hidroponik yang digunakan untuk set Kazzponic ini merupakan pengalaman pemilik Kazz Hidroponik dalam bidang agriculture ini. Beliau telah mengkaji dan menemui formula yang tidak akan memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar.

Tahukah anda? Kebanyakkan makanan yang kita makan hari ini adalah tercemar. Malah sayur-sayuran dan buah-buahan yang selalu dibeli dipasar tidak lagi terjamin kualiti dan kebersihannya kerana kebanyakkan logam berat seperti Kadmium terdapat dalam sayur-sayuran dan buah- buahan (dari tanah). Kesannya, ia membantut perkembangan pemikiran dan fizikal terutama pada kanak-kanak. Jika dari kecil lagi kanak-kanak memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah tercemar, bayangkan apa yang akan terjadi padanya apabila besar kelak. Ianya adalah disebabkan oleh penggunaan racun serangga oleh para petani mahupun pengusaha ladang dan kebun. Secara tidak langsung, penggunaan racun serangga tersebut telah menyebabkan pencemaran tanah serta mengurangkan kualiti tanah Pencemaran tanah ini juga telah menyebabkan haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan di bawah tanah. Ini kerana racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul di dalam tanah akan membunuh haiwan-haiwan tersebut. Justeru itu, Kazzponik adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan jaminan kesihatan yang lebih baik.



3.Set Kazzponic memberi peluang untuk berniaga.
Kami juga menawarkan peluang perniagaan kepada sesiapa dengan menjadi pengedar bagi Kazz Hidroponik. Dengan adanya peluang begini kami berjaya mengurangkan masalah penggangguran di samping membantu para petani mendapatkan hasil yang lebih baik dalam pertanian mereka.

Sekiranya menjadi pengedar, kami akan bekalkan anda dengan 13 set Kazzponic berserta dengan cd penanaman, banting dan brochures melalui pakej RM500.00. Banyak manfaat yang anda dapat dengan set Kazzponic ini contohnya jika anda menjual semula set Kazzponic ini, anda akan mendapat pulangan lumayan kerana pelanggan-pelanggan kami terdiri daripada seluruh masyarakat Malaysia. Kami akan namakan anda sebagai pengedar sekiranya terdapat pelanggan yang ingin membeli Set Kazzponic di kawasan berdekatan anda.

Di Malaysia sahaja peluang pekerjaan telah terbuka kepada 35% penduduk Malaysia (melebihi 2 juta orang penduduk Malaysia) untuk terlibat dalam pertanian. Justeru, dengan pengenalan set Kazzponic ini dapat membantu pengusaha pertanian untuk mencuba menanam menggunakan kaedah ini.




4. Set Kazzponik memberi hasil yang lebih baik kepada tanaman.
Percaya atau tidak kaedah menggunakan set Kazzponik ini berjaya menghasilkan tanaman lebih cepat daripada tanaman menggunakan tanah. Kenapa? Kerana dengan nutrien daripada baja yang sedia ada disamping penggunaan air sebagai media pertumbuhan, tanaman menggunakan kaedah ini mampu membesar dengan cepat. Jika tanaman menggunakan tanah, biasanya para petani menghadapi masalah dari segi cuaca, dan kualiti tanah. Secara tak langsung masalah ini akan menjejaskan pengeluaran hasil tanaman.



5.Set Kazzponik membantu ekonomi Negara.
Kenapa kami berani mengakui bahawa produk hidroponik ini membantu ekonomi negara? Tahukah anda bidang pertanian menyumbang kira-kira 45% daripada pendapatan negara. Keadaan semasa terutamanya ekonomi dunia yang mengalami kejatuhan baru-baru ini telah membuatkan ramai mengeluh. Justeru itu berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia termasuk mengurangkan import bahan makanan dari luar negara demi mengurangkan perbelanjaan negara. Apa pula sumbangan Kazz Hidroponik dalam bidang ini? Sebenarnya kami membantu para petani dari segi pertanian komersil untuk mendapatkan hasil tanaman yang lebih cepat membesar dan bersih. Misalnya dengan memberi peluang kepada para petani tempatan untuk mencuba set Kazzponik ini, para petani boleh menanam tanaman komersil seperti cili, pegaga, lobak, tembikai, pisang dan sebagainya. Jadi, dengan pengenalan kepada kaedah ini kepada para petani, negara kita dapat meningkatkan hasil pengeluaran hasil tanaman dan boleh digunakan untuk dieksport ke luar negara.

Ini fakta-fakta berkenaan kepentingan bidang pertanian kepada ekonomi Malaysia yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada Kazz Hidroponik Domestik:
*Pertanian juga menyebabkan Malaysia menjadi pengekspot utama bagi getah dan minyak kelapa sawit dunia. Membekalkan bahan makanan seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, kopi dan sebagainya.
*Hampir 1/4 daripada pertukaran wang asing datangnya daripada hasil pertanian (hasil ekspot kelapa sawit, getah, lada hitam, nanas, kelapa kering).
*Pertanian menggalakkan perkembangan sektor industri pemprosesan hasil pertanian.
*Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar.


6.Set Kazzponik mengurangkan kadar penggunaan tanah dan menjimatkan ruang.
Jika dahulu, ramai yang berfikir sukar untuk menanaman sendiri di rumah kini masalah itu dapat kami atasi dengan memperkenalkan set Kazzponic ini. Apa yang jelas, kami dapat mengatasi masalah ketiadaan tanah terutamanya bagi masyarakat di kawasan bandar. Masyarakat di bandar juga boleh bertani menggunakan kaedah ini dengan hanya meletakkan set Kazzponic ini di balkoni,berandah, ataupun di mana-mana kawasan rumah. Bagi masayarakt urban yang tinggal di flat, kondominium, pangsapuri dan sebagainya pastinya mereka tidak mempunyai ruang untuk bercucuk tanam. Jadi, set Kazzponic ini adalah amat sesuai bagi mereka.





jayakan KEMPEN BUMI HIJAU dengan HIDROPONIK:thumbup1:
 
kat mana nak dapatkan set hidroponik ni
 
kau dah start buat hidroponik ni ke.. tanam apa
 
Back
Top
Log in Register