BTC USD 88,462.7 Gold USD 3,451.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Servis Merawat Insomnia

SX386

Fun Poster
Messages
435
Joined
Feb 24, 2007
Messages
435
Reaction score
46
Points
20
Assalamualaikum / Salam semua,

Kali ini saya nak buat pengumuman. Saya boleh merawat insomnia. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah insomnia / tak boleh tidur akibat stress, banyak masalah atau apa-apa pun puncanya, sila dapatkan rawatan insomnia dari saya. Saya berpengalaman dalam merawat insomnia secara jarak jauh atau dekat. Saya pernah merawat pesakit insomnia yang sudah 5 bulan tidak boleh tidur, alhamdulillah dengan terapi jarak jauh, dia boleh tidur hingga kini dalam keadaan selesa dan kondusif.

Masalah Insomnia boleh menjejaskan aktiviti harian individu yang mengalami masalah berkenaan.

Sehubungan itu, individu yang mengalami Insomnia atau masalah gangguan tidur daripada segi kuantiti dan kualiti, melebihi sebulan perlu mendapatkan rawatan yang betul.

Pakar Perunding Perubatan Tingkah Laku Neuro, Kedah Medical Centre (KMC), Dr Wan Mohd Rushidi Wan Mahmud berkata punca sebenar fenomena Insomnia perlu dilakukan sama ada disebabkan oleh penyakit fizikal seperti lelah dan tiroid atau penyakit jiwa akibat kemurungan, kerisauan dan skizofrenia.

Menurutnya, pengambilan ubat tidur secara berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti ketagihan atau kurang keberkesanan ubat apabila diambil pada dos biasa.

“Oleh itu jangan terus makan ubat, yang lebih utama adalah mencari dan mengatasi punca sebenar masalah tersebut terlebih dahulu,” katanya.

Orang ramai perlu mengamalkan ‘sleep hygiene’ atau mempunyai suasana tidur bersesuaian dan mematuhi masa tidur sebaik mungkin supaya ia menjadi rutin harian.

Setiap individu perlu mengamalkan cara hidup sihat dengan bersenam, minum susu, berendam air suam sebelum tidur, tidak makan berlebihan sebelum tidur, mengurangkan gangguan bunyi dan memalapkan lampu.

“Jumlah masa tidur yang diperlukan bergantung kepada peringkat umur individu iaitu antara 14 hingga 16 jam bagi bayi, kanak-kanak (11-12 jam), remaja (tujuh-lapan jam), dewasa (enam-tujuh jam) dan lima hingga enam jam bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas.

“Antara sebab-sebab insomnia adalah stres akibat sesuatu masalah, tekanan di tempat kerja, masalah rumah tangga, kekecewaan atau putus hubungan cinta dan masalah gangguan jiwa.

“Disamping itu juga, punca lain seperti perubahan zon masa, penyakit fizikal dan pengambilan minuman yang mengandungi kafein berlebihan.

“Fenomena insomnia menyebabkan seseorang itu berasa letih, lesu dan tidak dapat memberi tumpuan sewajarnya di rumah, di sekolah atau di tempat kerja,” katanya kepada pemberita.

Seseorang yang menghidapi Imsomnia juga boleh menjadi cepat marah dan mudah rasa mengantuk pada waktu siang.

Dianggarkan kira-kira 10 hingga 15 peratus individu di dunia mengalami masalah Insomnia kronik dan daripada jumlah itu 20 hingga 35 peratus dialami oleh warga tua dan golongan wanita.

Bayaran servis hanyalah RM100/USD35 sahaja. Jauh lebih murah berbanding pengambilan ubat di klinik atau farmasi berkali-kali.Jika tak berkesan, bayaran akan dipulangkan. Jika berminat, sila email saya di [email protected] atau PM saya. untuk permulaan sebagai tanda penghargaan, saya akan beri rawatan percuma kepada 5 orang terawal. Sila gunakan kod:CG_Percuma dan email kepada saya atau pm. Testimonial anda akan dilampirkan di sini. Terima kasih.:)cgrock
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register