qaz123
Super Active Member
- Messages
- 5,645
- Joined
- Jul 12, 2008
- Messages
- 5,645
- Reaction score
- 169
- Points
- 78
salam
isu rasuah seringkali dibicarakan. Bila saja kita menyebut tentang amalan rasuah, seringkali masyarakat akan menuding jari kepada penjawat-penjawat awam. Namun antara sedar atau tidak, masalah rasuah sebenarnya turut banyak berlaku di dalam sektor swasta.
Beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti “Tumbuk rusuk”, “Makan suap” dan juga ungkapan under counter payment, duit kopi dan sebagainya. Perkataan rasuah berasal dari perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Di negara ini dari segi undang-undang, semua perbuatan ‘memberi dan menerima suapan’ adalah merupakan sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.Membanteras gejala rasuah di dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang dituntut oleh ALLAH s.w.t.
Gejala rasuah bukan sekadar merosakkan iman tetapi juga membawa kepada kerosakkan akidah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Pemberi rasuah dan penerima rasuah masuk neraka.
Firman ALLAH di dalam al-Quran bermaksud
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (al-Baqarah :188)
Rasulullah saw pernah mengutus seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Rawahah ke Khaibar untuk melakukan penilaian dan pembahagian hasil tanaman buah kurma kerana Rasulullah saw telah menetapkan bahawa hasil tanaman kurma tersebut mestilah dibahagi kepada dua bahagian : Setengah daripadanya untuk Kaum yahudi dan setengah lagi diberikan kepada kaum muslimin.Apabila Abdullah sedang sibuk menjalankan tugasnya , maka datanglah orang-orang yahudi membawakan kepadanya pelbagai hadiah dari barang-barang perhiasan dan sebagainya serta berkata kepada Abdullah :
“Perhiasan ini untuk kamu wahai Abdullah, Maka ringankanlah kami dan berikanlah kepada kami hasil kurma itu lebih dari separuh,” Lalu dijawab oleh Abdullah menjawab, “Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!” Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, “Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!” (Imam Malik : al-Muwattha’ : 1450)
Selain itu Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda maksudnya;
“Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan)”
(HR Abu Daud)
ALLAH s.w.t telah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 42 yang bermaksud: “Mereka suka sekali mendengar perkataan yang dusta lagi sangat suka makan yang haram (seperti wang sogokan dan sebagainya)”.
Rasulullah sendiri pernah ditawarkan perempuan cantik, jawatan tinggi dan harta kekayaan oleh musyrikin Quraisy agar berhenti dari berdakwah ke jalan ALLAH. Namun Nabi tetap tegas menjawab bahawa Baginda tidak akan meninggalkan agama Islam sekalipun matahari di letakkan di tangan kanannya dan bulan di tangan kirinya. Demikian kentalnya iman Rasulullah s.a.w untuk tidak terlibat dengan gejala rasuah yang menjijikkan itu. Itulah jawapan yang amat tepat. Itulah juga cara Nabi menutup mulut orang yang cuba hendak merasuahkan Baginda.Hadis Nabi s.a.w ada menyatakan (maksudnya) :
“Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang memberi sogokan dan orang yang menerima sogokan dalam soal hukum menghukum” (Riwayat Abu Daud & Tirmizi).
Ibnu Mas’ud telah mentafsirkan ayat di atas seperti berikut: “Sogokan (rasuah) dapat berlaku pada tiap-tiap sesuatu, barangsiapa yang telah memberi sesuatu pemberian dalam sesuatu pembelaan kepada seseorang supaya pembelaan itu dapat mengembalikan yang hak atau dapat menolak kezaliman (aniaya) lantas diterimanya maka pemberian itu dinamakan sogokan juga.”
Gejala rasuah bukan sekadar merosakkan iman tetapi juga membawa kepada kerosakkan akidah.