BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sering dapat wang palsu RM100

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Manikavasagam (kanan) memegang wang RM100 palsu manakala Arshad memegang wang tulen.
< 1 / 1 >
BANDAR MELAWATI – Peniaga warung dan produk tempatan di daerah ini yang tiada mempunyai mesin pengimbas wang berisiko menjadi mangsa penipuan wang palsu bernilai RM100.

Sinar Harian difahamkan, beberapa kes membabitkan peniaga warung dan penjual kekabu, hasil kampung dan ikan menanggung kerugian selepas menyedari menjadi mangsa penipuan wang palsu.

Penduduk, Arshad Abu Bakar, 58, berkata, kes penipuan wang palsu yang terbaru dilaporkan berlaku di Assam Jawa membabitkan peniaga warung.

Menurutnya, kebanyakan peniaga tidak menyangka pelanggan yang disangka datang dari ibu kota bersama keluarga rupanya sekumpulan sindiket yang aktif menipu menggunakan wang palsu.

“Siapa sangka, orang yang datang makan dan minum dengan keluarga rupa-rupanya topeng untuk mengaburi mata peniaga.

“Peniaga warung bukannya selalu untung, bila dapat duit RM100 memang tak fikir panjang dan terus bagi duit baki.

“Lepas habis berniaga dan kira keuntungan, baru perasan duit RM100 itu palsu apabila tak ada lambang lutsinar, tak ada potret watermark dan benang keselamatan,” katanya.
Arshad berkata, mesin pengimbas wang perlu ada di setiap warung, kedai makan dan premis perniagaan yang ada di daerah ini bagi mengelakkan mereka terus jadi mangsa penipuan.

“Saya tengok masih ada kedai makan orang kampung tak titik beratkan mesin ini, mungkin sebab leceh tapi sebenarnya ia banyak membantu.

“Mungkin ramai lagi yang jadi mangsa tapi mereka tak laporkannya kepada pihak berkuasa tapi bagi saya, isu ini perlu diberi perhatian serius,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Bukit Melawati, S Manikavasagam menjelaskan, pihaknya sedia maklum aduan seumpama itu sering diterima di pejabatnya.

“Saya lebih suka menyarankan peniaga terutamanya di pasar supaya peka dengan setiap duit yang diterima terutamanya RM100 sebab bukan di daerah ini saja, tempat lain pun kena.

“Kita juga kena hati-hati supaya tak jadi mangsa penipuan ini dan pihak berkuasa diharapkan dapat memantau perkara ini dengan lebih terperinci,” katanya
 
ditambah laie dgn teknologi kertas & mesin/pencetak digital yg 100% sama hasil cetakan....maka yg untung ialah penipu & penjual teknlogi percetakan...

tapi kat akhirat menjawablah ekau muahakakaakak
 
yang menipu tak hukum agaknya sampaikan duit untuk makan minum pun gunakan wang palsu.
 
lepas ni kena letak notis wang 100 tak diterima :D

tak pun, utk wang 100 kena levihkan perhatian sbb dah pernah 'kena' :-?
 
yang menipu untung sementara di dunia..lepas tu azab.
 
Kalau kita tanpa perasan dapat wang palsu dalam urus niaga, pastu masa
beli kat kedai terguna wang palsu tu dan tertangkap macam mane pulak ye?
 
Ada beza ke wang palus dan wang yg dicetak tu? Takda beza pun sebab nilai wang kertas ini diperakui atas kepercayaan. Atas kita percaya bahawasanya wang kertas itu bernilai.

Mungkin sekiranya wang kertas itu, pada suatu hari nanti. Orang tak percaya dah maka takdak nilai sekeping kertas itu.

Dan kata seseorang, wang kertas itu sendiri riba. Haaa... nak tahu dgn lebih lanjut? Kena tanya org yg arif sendiri. :D :D :D
 
Ada beza ke wang palus dan wang yg dicetak tu? Takda beza pun sebab nilai wang kertas ini diperakui atas kepercayaan. Atas kita percaya bahawasanya wang kertas itu bernilai.

Mungkin sekiranya wang kertas itu, pada suatu hari nanti. Orang tak percaya dah maka takdak nilai sekeping kertas itu.

Dan kata seseorang, wang kertas itu sendiri riba. Haaa... nak tahu dgn lebih lanjut? Kena tanya org yg arif sendiri. :D :D :D

bro duit nih kita dapat dengan usaha keras sendiri..kalo cmtu tkyah kejela ko duk umah fotostet duit je lpstu ko bgila kt memember kau:)cgrock:)paid
 
"hanya wang syiling sahaja diterima dlm urusniaga & kami juga menyediakan mesin terminal bayaran kad kredit. harap maklum.

mak kiah poco-poco enterprise
perusahaan belacan bakar."
 
Back
Top
Log in Register