BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seremban - Berpakat buat tuntutan palsu

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Berpakat buat tuntutan palsu


pix_middle

ROSIDAH...mengemukakan tuntutan elaun fasilitator.

pix_topright

SITI SALEHA...bersubahat meluluskan tuntutan.​


SEREMBAN: Dua wanita, masing-masing Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) dan bekas Penolong Pengarah Unit Latihan dan Kemajuan Staf Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) dihukum penjara tiga hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, kerana membuat tuntutan elaun fasilitator sambilan palsu serta bersubahat melakukan kesalahan itu Oktober tahun lalu.

Hakim Datin Nursinah Adzmi berkata, mahkamah mengambil kira pengakuan salah Rosidah Hassan, 39, dan Siti Saleha Abdul Rahim, 27, selain meneliti fakta, rayuan serta hujah pendakwa raya.


Menurutnya, walaupun mereka kali pertama didakwa, kesalahan yang dilakukan adalah serius, lebih-lebih lagi tertuduh pertama 15 tahun berkhidmat.

“Bagi tertuduh kedua, walaupun kamu baru berkhidmat, kesalahan dilakukan adalah serius kerana menipu kerajaan. Selepas menimbangkan fakta, rayuan dan hujah pendakwa raya, mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM10,000 terhadap setiap tertuduh atau tiga bulan penjara jika gagal membayar,” katanya.


Mengikut pertuduhan, Rosidah didakwa mengemukakan dokumen Borang Permohonan Untuk Menjalankan Tugas Sebagai Pensyarah/Penceramah Sambilan Satu, Pensyarah/Penceramah Sambilan Pakar bagi Oktober 2011 untuk tuntutan elaun fasilitator sambilan RM800 bagi Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) Kumpulan 1 (Pengurusan dan Profesional) Siri 7 2011, pada 18 hingga 19 Oktober 2011 di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, antara 21 Oktober hingga 31 Oktober di pejabat JPNS.


Bagaimanapun, borang diberikan kepada Siti Saleha itu mengandungi butiran palsu kerana pada tarikh kursus itu dijalankan di hotel berkenaan, tertuduh tidak hadir sebagai fasilitator.


Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.


Siti Saleha yang baru setahun lebih berkhidmat di JPNS dan meletak jawatan tahun lalu, didakwa mengikut Seksyen 18 akta sama kerana bersubahat meluluskan dokumen tuntutan itu.

Jika disabitkan mereka boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Negeri Sembilan,Mohd Fairuz Johari berkata, bukan saja pemalsuan tuntutan, malah surat lantikan fasilitator sambilan bagi kursus itu adalah palsu, selain tertuduh pertama meniru tandatangan Ketua Unit Latihan & Kemajuan Staf Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan JPWP dan menggunakan cop namanya bagi mengesahkan tuntutan elaun berkenaan dengan bantuan tertuduh kedua.


“Saya mohon hukuman berbentuk pengajaran kerana bayaran elaun itu membabitkan wang rakyat,” katanya.


Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dan simpati mahkamah.


Terdahulu, Rosidah yang menangis sebaik hukuman dijatuhkan merayu dikenakan hukuman ringan bagi mengelak dibuang kerja kerana hanya dia penanggung tunggal keluarga serta benar-benar insaf.


Siti Saleha yang meletak jawatan tahun lalu, memberitahu dia kini tidak bekerja dan baru saja menjalani pembedahan kerana mengandung luar rahim bulan lalu.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Berpakatbuattuntutanpalsu/Article/index_html
 
keadaan terdesak.......
tapi apa yg dilakukan tetap salah....
bagaimana bagi mereka yang bersepakat menipu jutaan ringgit pula ye...? :">
 
amek ko..
keje bagus2, blaja tinggi2..
tapi otak letak kat lutut..
 
Dear TDM..
lihat la kesan dari pentadbiran ko.....

keadaan terdesak.......
tapi apa yg dilakukan tetap salah....
bagaimana bagi mereka yang bersepakat menipu jutaan ringgit pula ye...? :">
 
kalo yg bilis cpt jek kena hukum, tipu rm800, denda rm10k + penjara, tu yg rm250 juta tu masih berlegar2 kat luar, bergembira tgh mengabiskan sisa2 rm250 juta tu ok jek...kesian gak kes cam ni, denda je lah xyah penjara sbb kalo dah penjara mmg kena buang keja, ibu tunggal tu, mmg betl2 insaf tu, kalo tak amek kira kesalahan pertama, lepas ni bertambahlah masalah sosial bila ibu tunggal hilang keja, anak2 jadik tak tentu hala...hmmmmmm...
 
keadaan terdesak.......
tapi apa yg dilakukan tetap salah....
bagaimana bagi mereka yang bersepakat menipu jutaan ringgit pula ye...? :">

yg tu lain. yg beri maklumat akan didakwa kerana membocorkan rahsia negara. :))
 
selagi tak tukar..dan teruskan undang2 ala lord reid ni...ni la yg terus berlaku
kalo yg bilis cpt jek kena hukum, tipu rm800, denda rm10k + penjara, tu yg rm250 juta tu masih berlegar2 kat luar, bergembira tgh mengabiskan sisa2 rm250 juta tu ok jek...kesian gak kes cam ni, denda je lah xyah penjara sbb kalo dah penjara mmg kena buang keja, ibu tunggal tu, mmg betl2 insaf tu, kalo tak amek kira kesalahan pertama, lepas ni bertambahlah masalah sosial bila ibu tunggal hilang keja, anak2 jadik tak tentu hala...hmmmmmm...
 
keadaan terdesak.......
tapi apa yg dilakukan tetap salah....
bagaimana bagi mereka yang bersepakat menipu jutaan ringgit pula ye...? :">

Kecik ke besar tipu ttp tipu... Salah ttp salah... Yg atasan tu biarkah... Satu hari nnnti tengok lah mcm mana Allah bagi kat dia org nanti...
 
Back
Top
Log in Register