honda_primo
Banned
- Messages
- 5,761
- Joined
- Nov 10, 2007
- Messages
- 5,761
- Reaction score
- 25
- Points
- 75
KUALA LUMPUR: Dua beradik dan sepasang kekasih yang baru bertunang adalah antara enam rakyat tempatan dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah kondominium mewah di Sentul Utama, Jalan Datuk Senu, Rabu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata semua suspek berusia 18 hingga 34 tahun itu ditahan dalam serbuan dilakukan kira-kira jam 10.15 malam oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) selepas mendapat maklumat awam.
Menurutnya, ketika serbuan, semua suspek sedang bersantai di ruang tamu termasuk menonton televisyen dan tidak menyedari kehadiran polis menyebabkan proses tangkapan lebih mudah.
“Siasatan lanjut dalam salah sebuah bilik mendapati ada tiga beg mencurigakan. Pemeriksaan dalam beg berkenaan menemui lapan paket plastik lut sinar berisi dadah jenis syabu seberat dua gram, dua peket lut sinar dadah jenis ketamin (76 gram), 20 peket plastik disyaki dadah jenis heroin (25 gram) dan 56 ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja (30,743 gram) dengan anggaran nilai keseluruhan kira-kira RM100,000.
“Selain itu, polis turut merampas sembilan telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai RM30,920 dipercayai hasil pendapatan kegiatan pengedaran dadah berkenaan. “Berikutan penemuan pelbagai barangan termasuk dadah itu, polis menahan empat lelaki termasuk seorang penyewa rumah itu. Dua beradik serta dua remaja perempuan turut diberkas. Salah seorang daripada remaja perempuan itu adalah tunang kepada lelaki yang ditahan,” katanya dalam sidang akhbar, semalam. Menurutnya, hasil ujian air kencing terhadap semua suspek mendapati, dua daripada mereka negatif manakala empat yang lain positif dadah.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan kondominium itu digunakan untuk menyimpan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.
Muhammad Sabtu berkata, rampasan dadah itu dipercayai ada kaitan dengan rampasan yang dibuat pada 11 Februari lalu berikutan lokasi kondominium yang digunakan untuk menyimpan dadah adalah bersebelahan.