BTC USD 81,439.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepuluh yang dilaknat kerana Arak

pajamada

Active+ Member
gem
Messages
2,978
Joined
Apr 19, 2011
Messages
2,978
Reaction score
1,318
Points
106
163579_10150900353842074_174072662073_9655254_620611980_n.jpg

​


Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-

Pembuatnya,
pengedarnya,
peminumnya,
pembawanya,
pengirimnya,
penuangnya,
penjualnya,
pemakan wang hasilnya,
pembayarnya
dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “ "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)

Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau ****." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)
 
nape nak kene kesian plak???
bukan takde pilihan kan??

banyak lagi pilihan.. blum darurat untuk hanya keje cashier.. bukannya keje cashier jer yg ada kt malaysia ni..

aku dulu masa study keje parttime cashier kt supermarket biasa.. pastu of course la ade org beli arak.. aku pun dh was2.. ingat x ingat hukum yang tolong jual ni.. tp x tanya org yg tahu.. duk was2 dlm hati jer.. skali ade budak melayu beli arak.. aku sound, aku xnak jual ko bli arak.. pegi kaunter lain.. pastu gaduh2 mulut la.. dh la busuk mulut peminum arak ni.. ape lagi.. aku la kena marah ngan bos cina.. hahaha..

lepas tu aku mintak kaunter yg hujung skali.. paling jauh dgn kwsn arak.. jarang sgt2 la org bayar arak kt kaunter aku.. tp lama2 hati x sedap.. aku pun tanya la org.. call kwn aku yg alim, tanya..
dia ckp x boleh tuh.. masuk dlm 10 org yg dilaknat.. dosanya sama.. dh confirm.. terus bagi notis 24jam, resign.. huhuhu.. sbulan jugak la keje cashier.. xtaw la camne dosa aku tuh.. semoga diampunkan..
 
Salaam,...

Serupa juga aspeknya jika terlibat dengan Riba',...
Kesan Riba' dan dosanya lebih meluas..

yg mencari ilmu
faisal_moukei
 
Back
Top
Log in Register