ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Ahmad Yunus dan Pei Nei turun padang untuk mendengar perkembangan status Masjid Tun Teja bersama agensi berkaitan, Khamis lepas.
RAWANG - Kerajaan negeri menyasarkan rancangan pembinaan masjid sekurang-kurangnya lapan hingga sepuluh unit setahun untuk menampung lambakan jemaah.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, masalah utama di kebanyakan masjid adalah sewaktu solat Jumaat atau perayaan menyebabkan limpahan jemaah.
Menurutnya, bagi penyelesaian jangka pendek, beberapa surau digunakan untuk solat Jumaat dan dijangka jumlahnya akan bertambah.
"Kebanyakan masjid ada tambahan struktur sementara apabila hari Jumaat, di mana khemah akan dipasang untuk kemudahan jemaah," katanya selepas selesai lawatan ke tapak cadangan projek Masjid Taman Tun Teja.
Menurutnya, lukisan reka bentuk masjid sudah memasuki fasa akhir dan akan diteruskan untuk tender.
"Sekiranya tiada sebarang masalah, projek akan dimulakan pada Ogos ini di atas tapak seluas 0.84 hektar melibatkan binaan dua tingkat yang mampu memuatkan 2,000 jemaah dalam satu masa dengan nilai RM3 juta.
"Biasanya untuk jemaah 1,500 orang, keluasan diperlukan adalah sekurang-kurangnya 1.21 hektar tapi disebabkan ketiadaan tanah yang sesuai di Tun Teja maka pelan reka bentuknya mengambil masa yang agak lama," katanya.