ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Dari kiri: Kim Leong, Aznam, King San dan Poh Im ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ke-16, semalam.
SENTORIA Group Berhad (Sentoria) akan terus mengekalkan pencapaiannya apabila berjaya mencatatkan perolehan sehingga RM64 juta dan peningkatan keuntungan selepas cukai sebanyak RM11.3 juta bagi tempoh suku pertama 2015.
Pengerusinya, Datuk Aznam Mansor berkata, pendapatan kewangan bagi 2014 juga telah meningkat sebanyak 5.3 peratus kepada RM218 juta daripada RM207 juta bagi tahun kewangan sebelumnya.
“Namun bagi tahun kewangan tersebut merupakan tahun mencabar bagi Sentoria memandangkan terdapat banyak tanggungan dan perbelanjaan tinggi daripada beberapa projek hartanah yang dilaksanakan.
“Bagi tahun tersebut, keuntungan Sentoria mengalami sedikit kemerosotan kepada RM35 juta berbanding RM43 juta pada tahun sebelumnya.
“Pengurangan tersebut ekoran daripada kekurangan kemasukan pengunjung dan pelancong ke negeri ini yang mengalami bencana alam banjir pada penghujung tahun 2013 lepas dan juga tahun pertama operasi bagi taman safari,” katanya pada satu sidang media selepas Mesyuarat Agong Tahunan, di Bukit Gambang Resort, Kuantan, semalam.
Turut hadir, Pengarah Urusan Bersama, Datuk Gan Kim Leong, Datuk Chan King San dan Ketua Pegawai Kewangan, Lim Poh Im.
Dalam pada itu, menurut Kim Leong, Sentoria menyasarkan lebih perolehan dengan pertumbuhan Bandar Samariang Borneo Resort dan Sentoria Morib Resort City yang dijangka dilancarkan pada tahun kewangan 2015.
“Kami terima sambutan yang baik di Kuantan dengan adanya Bukit Gambang Resort yang meliputi taman tema air terbaik dan juga taman safari terbesar di negara ini.
“Kami gembira dengan perkembangan taman safari tersebutapabila dalam suku pertama kami melihat ada peningkatan yang luar biasa dalam keuntungan iaitu sehingga 30 peratus berbanding tempoh masa yang sama bagi tahun sebelumnya.
“Jadi kami merancang untuk membawa konsep pembangunan yang sama ke lokasi lain seperti Morib Resort City agar dapat dinikmati oleh orang ramai yang berkunjung ke sana,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, projek Pantai Timur Bazar (ECB) yang mengetengahkan konsep pasaran borong merupakan tarikan lain dalam siri pembangunan dalam kawasan Bukit Gambang Resort dan dijangka dapat menjadikan kawasan ini sebagai pusat sehenti dalam industri pelancongan Pahang.
“ECB dijangka penjadi pusat membeli-belah kepada lebih kurang empat juta pengguna bagi seluruh pantai timur dan tujuannya adalah untuk menjimatkan masa perjalanan bagi orang Pantai Timur untuk melancong sambil membeli-belah ke kawasan lain seperti Nilai, Tangkak dan Klang,” katanya.