Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
KAJANG – Malang tidak berbau ke atas nasib seorang konstabel yang nyaris maut setelah terkena tembakan daripada senjata apinya sendiri dalam kejadian di bilik senjata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini, kelmarin.
Begitu ngeri apabila sebutir peluru didapati menembusi kepala Syaiful Nizam Zamaluddin, 24, dari kanan ke kiri kepala.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.50 malam, ketika anggota berkenaan hendak menyerahkan pistol jenis revolver .38, selepas selesai melakukan rondaan berjalan kaki di kawasan sekitar.
“Selepas selesai bertugas, mangsa bersama lapan anggota lain pulang ke IPD dan pergi ke bilik senjata untuk membuat serahan. Ketika mengeluarkan peluru daripada pistol, secara tiba-tiba mangsa terlepas satu tembakan yang menembusi bahagian kanan ke kiri kepala.
“Mangsa terus rebah dan dikejarkan ke Hospital Kajang dengan ambulans untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke PPUM,” katanya.
Akibat kejadian itu, Syaiful Nizam yang kritikal kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), bagaimanapun dia dilaporkan stabil.
Insiden malang yang berlaku itu lebih mengharukan berikutan Syaiful Nizam tidak lama lagi akan menimang cahaya mata kerana isterinya kini sedang mengandung tujuh bulan selepas berkahwin awal tahun ini.
Syaiful Nizam mula berkhidmat di IPD Kajang pada 1 Disember 2009 sejak tamat latihan.
Sementara itu Ab Rashid berkata, anggota polis yang berada berhampiran mangsa sudah dirakamkan percakapan untuk siasatan.
Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan rapi untuk mengetahui sama ada ia berlaku akibat kemalangan ataupun kecuaian.