oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
ANTARA karya didakwa dihasil menggunakan sisa mayat mangsa. FOTO CEN
Hernandez. Gambar kanan, sisa tulang dan abu yang ditemui di tempat kejadian. FOTO - CEN
Caracas: Seorang lelaki Venezuela digelar ‘artis kanibal’ apabila membunuh dan memakan mayat seorang petani sebelum menggunakan darah dan abu mangsa untuk menghasilkan ‘karya seni’.
Kejadian itu terbongkar selepas ‘artis’ terbabit, Luis Alfredo Gonzalez Hernandez membuat pengakuan sendiri kepada polis mengenai pembunuhan ngeri berkenaan, namun mendakwa diupah mangsa untuk membunuhnya dalam kejadian di Barlovento, Miranda.
Dia kini ditahan Badan Saintifik, Hukuman dan Jenayah (CICPC). Pengarahnya Douglas Rico yang memuat naik gambar suspek di media sosial berkata: “Hernandez mengaku membelah dan memakan sebahagian besar mayat itu.
“Dia mendakwa diupah mangsa untuk menjalankan upacara pengebumian pelik, iaitu membunuh, memakan mayatnya dan menggunakan darah serta abu untuk menghasilkan lukisan atas kanvas.”
Kumpulan penyiasat menemui beberapa dokumen milik orang lain di tempat kejadian dan mengenal pasti sama ada ia pernah disenaraikan sebagai barang hilang.
Beberapa karya seni dilaporkan turut ditemui dan Rico menjelaskan pihaknya akan menjalankan analisis forensik untuk mengetahui sama ada ia menggunakan bahan daripada mayat manusia.
sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/328633/seni-abu-mayat#cxrecs_s
.