BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Senarai Ranking EA Terbaik Seluruh Dunia

Azl Trader

Freshie
Messages
6
Joined
Jan 3, 2014
Messages
6
Reaction score
7
Points
8
Salam kepada semua peminat-peminat EA (Robot). Disini saya ingin kongsikan kepada anda tempat untuk mencari Robot (EA) yang terbaik diseluruh dunia. Terdapat 4 website yang memang terkenal menyenaraikan semua EA yang ada di dunia ini. Yang penting, semua pakar-pakar EA akan menunjukkan kehebatan EA masing-masing di situ.

1. http://www.forexpeacearmy.com/test_lab/metatrader_expert_advisor
Ini dalah tempat paling sesuai kerana semua EA yang ada disitu di tunjukkan dengan menggunakan akaun real(akaun demo tidak diterima). Ia menunjukkan ranking EA untuk setiap minggu dan undang-undang ketat disitu membuatkan pakar-pakar EA yang menipu tidak berani masuk kerana telah ramai cuba masuk tapi telah disekat. Keburukannya, undang-undang yang ketat membuatkan banyak EA yang tidak tersenarai kerana tidak lulus ujian keaslian EA. Kebaikannya, Semua yang ada disitu adalah EA yang benar-benar jujur dalam setiap pengurusan.

2. http://www.myfxbook.com/systemshttp://www.myfxbook.com/systems
Disini terlalu banyak EA yang ditunjuk secara real sama ada akaun demo atau akaun real. Namun begitu, disitu ditunjukkan ranking menggunakan jumlah profit keseluruhan. Ia agak rumit mencari EA yang benar-benar ok kerana kekadang EA yang tersenarai di atas adalah EA yang telah tidak aktif. Anda perlu menyemak satu persatu untuk memperolehi yang terbaik untuk anda. Namun begitu, sekiranya anda ingin melihat keseluruhan EA, ini adalah tempat terbaik kerana terdapat ribuan EA disitu.

3. http://www.expertadvisorsforex.com/
Disitu terdapat hampir 200 EA dan ranking ditunjukkan menggunakan profit bulanan. Namun begitu, semua result EA yang ada disitu adalah result akaun demo. Pihak admin website tersebut tidak menginginkan EA dijalankan diakaun real. Namun begitu, anda boleh lihat result ranking menggunakan profit bulanan. Keburukannya pula, kekadang EA yang teratas tidak semestinya EA yang aktif.

4. http://best4xrobots.com/Robots.php
Disini lebih kurang dengan yang no. 3 dan terdapat lebih kurang 70 EA, tetapi perbezaannya adalah disini ditunjukkan profit untuk minggunan, bulanan dan tahunan. Namun begitu, semua akaun yang ada disitu menggunakan akaun demo kerana pihak admin website tersebut mensyaratkan untuk memasukkan senarai EA disitu, wajib membuka akaun demo dengan virtual money $10,000 dan memberikan link affiliate. Keburukannya pula, ranking tidak ditunjukkan mengukut jurutan dan kekadang yang tertinggi mungkin berada di bawah atau ditengah, yang teratas (no.1) tidak semestinya yang terbaik. Anda terpaksa memeriksa satu persatu kedudukan EA yang terbaik.

Itulah 4 senarai website yang menyediakan ranking semua EA yang terbaik di dunia. Masih banyak lagi website yang menyediakan khidmat seperti itu, namun kebanyakannya tidak selengkap seperti 4 website itu(seperti mt4i.com atau mt4live.com yang hanya menyediakan tapak real result dan bukannya ranking). Sekiranya anda-anda di CG mempunyai maklumat lebih baik lagi, boleh berikan komen di bawah.

Sekian.
Ikhlas dari kami
Azl Trader
 
Last edited:
SELAMAT DATANG KE CG.. Sila baca Rules dan berforum secara berhemah
 
SELAMAT DATANG KE CG.. Sila baca Rules dan berforum secara berhemah

hehhee, terbaik dah nasihat gini

supaya yg baru join tidak tersasar....:)cgrock

.
 
walaupun TT newbie.. tapi tau lak letak logo broker kat sebelah avatar.. terbaiikk..:D

p/s: ada robot nak rekemen tak ?:)cgrock
 
walaupun TT newbie.. tapi tau lak letak logo broker kat sebelah avatar.. terbaiikk..:D

p/s: ada robot nak rekemen tak ?:)cgrock

saya sendiri tak tau camna logo tu leh ada kt situ, cuma setahu sya waktu permintaan untuk join, sya klik join ja. rasanya klu kita klik join ia automatik masuk kt situ kut....
 
main terjah....

terimakasih, saya tidak faham dimana silapnya saya. mungkin saya masih baru di CG ni, tapi saya telah berforum sejak 2006 lagi, cuma menggunakan platform forum luar negara dan kebiasaannya adalah forum berkaitan forex. Setahu saya(mengikut pengalaman berforum diluar negara) posting yang saya masukkan ini bukannya satu kesalahan, tetapi mungkin rule disini tidak sama, oleh itu saya amat memahami dan akur juga bertanggung jawab penuh atas segala-galanya. Pihak admin CG berhak untuk mengambil tindakan sama ada membuang posting ini atau mungkin terminate terus akaun saya di CG ini. Pihak admin adalah tuan rumah dan saya hanya menumpang di sini dan saya amat memahami apa hak saya seandainya masuk ke rumah orang. Buat pertama kali saya masuk forum di Malaysia ini dan mungkin saya tidak sesuai berforum di negara saya sendiri.

Ikhlas dari kami
 
Pergi dekat terminal mt4...

click dekat "Signal"

yg dekat dgn Mailbox

ikut je dalam tu
 
Selamat dtg tuan
 
Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14393
USD / JPY
157.462
GBP / USD
1.33319
USD / CHF
0.82157
USD / CAD
1.40709
EUR / JPY
180.074
AUD / USD
0.71098
Back
Top
Log in Register