BTC USD 81,227.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Senapang jaga meletup

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA TERENGGANU: Pelanggan di sebuah institusi kewangan di Jalan Batas Baru, di sini, bertempiaran menyelamatkan diri apabila dikejutkan dengan dua das tembakan yang disangka dilepaskan perompak.

Dua das tembakan berkenaan rupa-rupanya berpunca daripada kecuaian pengawal keselamatan yang bertugas di premis itu apabila tali mengikat senapang patah miliknya tercabut dan menyebabkan senjata itu terhempas ke lantai sebelum meletup.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, pengawal keselamatan berusia 60 tahun dari Kuala Ibai, di sini, tidak menyedari penyangkut tali longgar dan menyebabkan senapang disandang jatuh.

Beliau berkata, berikutan itu, dua das tembakan dilepaskan secara tidak sengaja dan menyebabkan cermin kaca pintu masuk sebelah kanan institusi kewangan itu berkecai.

Menurutnya, tiga pelanggan yang berurusan di kaunter bernasib baik dan tidak cedera kerana pelurunya menghala ke arah pintu kaca.

Katanya, polis sudah mengambil dua kelongsong peluru 12 bore di tempat kejadian itu untuk siasatan.

Beliau berkata, polis turutmerampas senapang patah milik pengawal keselamatan terbabit untuk pemeriksaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api kerana kesalahan kecuaian.

Sementara itu, beberapa individu yang ditemui di tempat kejadian memberitahu mereka terkejut dan cemas selepas mendengar bunyi tembakan itu.

Seorang gadis berusia 24 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia bersama dua rakan sekerjanya sedang bersarapan pagi di kedai berhampiran dan tersentak mendengar bunyi tembakan.

“Kami bangun dari kerusi dan terus keluar dari kedai itu untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati cermin pintu institusi kewangan itu berkecai akibat terkena peluru penabur senapang patah milik pengawal keselamatan.

“Pada mulanya kami sangkakan ada rompakan dan selepas melihat suasana terkawal barulah kami yakin kejadian itu bukannya angkara perompak yang hendak melarikan wang dari institusi berkenaan.

“Mujur kejadian itu tidak meragut nyawa pelanggan yang berada di dalam premis terbabit dan ini pengalaman yang amat menakutkan saya,” katanya.

Harian Metro difahamkan institusi kewangan berkenaan mula beroperasi pertengahan Februari lalu selepas berpindah daripada bangunan lama di Jalan Tok Lam di sini.
 
masak ar menjawab.......
 
Back
Top
Log in Register