BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Senapang angin, dadah dirampas polis

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
image.jpeg


HASLAH Bachok (tengah) menunjukkan selaras senapang angin yang dirampas daripada seorang lelaki dalam sidang akhbar di Kuala Pilah hari ini.

KUALA PILAH 13 Feb. - Selaras senapang angin bersama 80 biji bebola besi adalah antara barangan yang dirampas daripada seorang lelaki dalam serbuan polis di sebuah rumah di sini, Selasa lalu

Ketua Polis Daerah, Supt. Haslah Bachok berkata, senjata berukuran 43 inci itu dirampas bersama dadah dipercayai jenis heroin dengan anggaran berat 30.05 gram (g), Methamphetamine (2.15g) dan ganja (2.05g)

Beliau berkata, anggaran harga pasaran dadah tersebut ialah kira-kira RM1,200 yang dipercayai untuk edaran di sekitar Senaling dan pekan Kuala Pilah

“Polis percaya dengan penahanan suspek, aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan tersebut dapat dibendung

“Namun begitu, polis masih memerlukan penyaluran maklumat dan kerjasama daripada masyarakat setempat bagi menjayakan usaha tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di sini sebentar tadi

Beliau memberitahu, suspek yang berusia 36 tahun serta tidak mempunyai pekerjaan mempunyai 10 rekod kesalahan lampau atas kesalahan dadah dan saringan awal air kencing mendapati dia positif Opiate

Tambahnya, suspek ditahan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952; Seksyen 6 ADB; Seksyen 15(1)(a) ADB dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960

“Seksyen 39(B) ADB memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” ujarnya

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/senapang-angin-dadah-dirampas-polis-1.443874
 
Back
Top
Log in Register