eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA TERENGGANU: Seorang guru lelaki yang mengajar pendidikan jasmani sebuah sekolah menengah di Dungun didapati mempraktikkan ‘senaman’ pelik terhadap dua pelajarnya berusia 14 dan 15 tahun apabila melakukan seks oral dan onani untuk memuaskan nafsunya.
Suspek berusia 31 tahun yang dipercayai kemaruk seks sejenis itu didapati memaksa dua pelajar lelaki terbabit melakukan perbuatan keji itu.
Akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian, kedua-dua mangsa nekad membuat laporan polis sekali gus membongkar perangai pelik guru mereka.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan berkata, laporan aktiviti tidak bermoral guru terbabit dibuat di Balai Polis Dungun kira-kira jam 10 pagi semalam.
Menurutnya, laporan dibuat selepas kedua-dua mangsa tidak dapat menahan malu dan rasa bersalah akibat sering diperlakukan demikian sejak Mei lalu.
“Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa suspek sering melakukan seks oral dan onani terhadap mereka di bilik stor dan bilik persalinan,” katanya.
Setakat ini, polis dimaklumkan suspek memegang kemaluan mangsa untuk merangsang mereka sebelum melakukan seks oral secara berulang dan tindakan itu menyebabkan mangsa sering dihantui perasaan malu dan bersalah.
Beliau berkata, kedua-dua pelajar terbabit berasal dari Dungun dan kes itu kini masih dalam siasatan.
“Kami akan menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan seks luar tabii,” katanya.
Selain itu, katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dengan niat mahu mencabul kehormatan.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Razali Daud berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa dan menunggu laporan siasatan polis selain laporan rasmi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Dungun.