Tu memberi kita gambaran supaya kita menyimpan dan berjimat cermat. Tengok dahulu, negara kita mewah dengan beras, bagi sedekah sana-sini, ada tanah padi jual/buat pembangunan. Sekarang bila harga beras naik, stok makanan tidak ada baru terhegeh-hegeh nak buat stok penimbal la, nak tanam padi banyak-banyak, bagi subsidi beras la. Ingat tanam padi senang ker, tanam hari ni belum tentu esok menghasilkan beras.
Sebab tu semasa tunaikan zakat, suruh bagi beras. Kalau beras tak ada, beras zakat dapat menampung keperluan orang-orang miskin. Ni tak, tunai zakat pakai duit (setimpal dengan harga beras).
Sememangnya boleh, tapi bila jadi macam harga beras melambung naik, tengok kesian orang miskin dulu kalau RM10 dapat beli 5 kilo sekarang dah dapat 1 kilo jer. Tu la hikmahnya bila zakat itu diberi dalam bentuk makanan asasi seperti beras.
Kalau negara kita amalkan betul-betul konsep Islam dalam pemerintahan pasti semua perkara akan dapat diselesaikan. Kena buat undang-undang Islam seperti hukum hudud dan sebagainya berlandaskan Islam yang berpandukan Al-Quran dan Hadis.
Wallahualam.