BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semuanya mahal!

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Peletakan harga makanan yang kurang munasabah.
< 1 / 1 >
SUNGAI NIBONG - Semuanya mahal di Pesta Pulau Pinang! Itulah yang dirungutkan beberapa pengunjung di Tapak Pesta Sungai Nibong itu.

Pengunjung, Radziah Mustapa berkata, dia hairan berikutan harga makanan dan permainan dalam pesta tersebut semakin mahal.

Menurutnya, sepatutnya perkara tersebut tidak berlaku memandangkan pengunjung sudah pun membayar harga tiket masuk.

“Saya dan anak membeli makanan ringan bergoreng seperti nuget, sosej dan kebab, namun agak terkejut kerana harga makanan di sini dua kali ganda lebih mahal dari luar.

“Contohnya harga nuget RM2 sementara kebab RM3 dan sosej RM3. Jika saiz atau jumlah makanan tersebut lebih banyak dari luar tidak mengapa, namun menyakitkan hati apabila keadaan lebih teruk dari itu,,” katanya.

Bukan saja makanan, harga bayaran untuk permainan dalam tapak pesta juga langsung tidak munasabah.

Zikri Zahari dari Sungai Ara berkata, kesemua pengunjung perlu terlebih dahulu menukar tunai mereka kepada token sekiranya mahu bermain alat permainan yang disediakan dalam pesta tersebut.

Namun mengejutkan apabila harga yang dikenakan untuk satu token bernilai RM2 bukannya RM1 seperti biasa.

Menurutnya, bayaran token paling mahal ialah sebanyak RM10 bersamaan dengan lima token untuk satu-satu permainan.

“Anak saya mahu masuk ke rumah hantu yang disediakan dan kami bayar RM10 iaitu lima token, tapi ia langsung tidak berbaloi kerana tidak kena dengan harga, begitu juga dengan beberapa jenis permainan lain yang mengenakan harga sebanyak RM8 hingga paling murah RM2.

“Kalau boleh kerajaan negeri mahupun penganjur kena bertimbang rasa dengan pengunjung, rata-rata yang datang adalah orang Pulau Pinang sendiri, bagilah harga yang lebih murah dan bagus kepada kami,” katanya.

Sementara itu, beberapa barangan lain seperti baju dan pelbagai jualan lain dijual dengan harga berpatutan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/semuanya-mahal-1.229196
 
Last edited:
rilek brader brader rilek...

ikut contoh ketua pemerintah malaysia la...barangan asas naik, makanya pon adoi, barangan lain pon naik...tak gitu?...

pihak berkuasa penang ley wat apa?...bukan diorang kontrol harga barangan asas.
 
Ramai yang nak sangat harga mahal... Apa boleh buat... :)
 
nak cari untung lebih mestilah naikkan harga.
 
rasanya sewa tapak mahal...
 
kalau tanya menteri.. dia akan cakap "kalau mahal... jangan beli"..:eek:
 
rilek brader brader rilek...

ikut contoh ketua pemerintah malaysia la...barangan asas naik, makanya pon adoi, barangan lain pon naik...tak gitu?...

pihak berkuasa penang ley wat apa?...bukan diorang kontrol harga barangan asas.

dah tentu caj permainan tu bukan barangan asas.penganjur caj sewa tapak mahal.tapak tu bwh kerajaan negeri pulau pinang.ape kaitan harga barangan asas dengan sewa tapak milik kerajaan negeri?
 
dah tentu caj permainan tu bukan barangan asas.penganjur caj sewa tapak mahal.tapak tu bwh kerajaan negeri pulau pinang.ape kaitan harga barangan asas dengan sewa tapak milik kerajaan negeri?
yup .. biasanyer ... harga barang berkadar langsung dengan harga sewa tapak .... huhuhu ... kalau tak mmg tak capai ROI lah ... hehehehe ...
 
Back
Top
Log in Register