eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Khairel Khamis atau nama sebenar Khairuddin Khamis yang pernah popular menerusi lagu Pura-Pura Malu Tapi Mahu pada 1988, meninggal dunia jam 5.20 pagi semalam, akibat sesak nafas.
Menurut anak angkatnya, Suharil Sunari, 21, arwah mengadu sesak nafas ketika berada di rumah mereka di Taman Melawati sebelum ke klinik berdekatan rumah mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, Allahyarham yang masih boleh berjalan ke klinik kemudian mengalami masalah pernafasan kritikal hingga dibawa dengan ambulans ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Bagaimanapun, doktor mengesahkan arwah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HKL.
“Arwah sebelum ini pernah menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan gout. Sebelum meninggal, arwah tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik. Kami sempat berbual sebelum jam 3 pagi, dia mengadu penat dan mahu tidur,” katanya.
Sepanjang hidupnya, arwah yang berusia 53 tahun pernah terbabit dengan pelbagai drama antaranya drama VCD, Gosok, Laukku Cukup Masin dan Momok. Arwah juga muncul menyanyikan dua lagu, Cahaya Permata dan Anugerah duet bersama Fairuz FM menerusi album kompilasi Anugerah tahun lalu.
Penyanyi Azizul yang juga adik arwah berkata, dia sempat berhubung dengan abangnya itu menerusi telefon minggu lalu dan berpesan agar menjaga kesihatan. Mereka pernah bertemu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada 25 Jun lalu dan terkejut menerima berita kematian arwah awal pagi semalam.
“Ketika bercakap menerusi telefon, kami bersedih dan menangis bila saya berpesan pada dia jaga kesihatan. Saya demam hari ini (semalam) dan bila dapat berita kematian dari Suharil, saya terduduk.
“Setahu saya, perkembangan terbaru arwah menghasilkan skrip Akhirnya Semua Gigit Jari untuk drama TV dan dalam proses mencari pelakon sesuai,” katanya.