BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sembunyi Dalam Longkang Selama 3 Jam

joee

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,700
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,700
Reaction score
949
Points
161
Sembunyi+Dalam+Longkang+Selama+3+Jam1.jpg


Sembunyi+Dalam+Longkang+Selama+3+Jam.jpg


Seorang peragut bersembunyi selama tiga jam dalam longkang selepas terjatuh dari motosikal ditunggang abangnya dipercayai akibat panik kerana dikejar orang ramai yang menyedari perbuatan mereka meragut seorang wanita di Lorong Melor di Jalan Mok Hee Tiang di Mentakab.

Remaja berusia 17 tahun itu dikatakan terperangkap bersama beg diragut mengandungi wang tunai RM19,000, terpaksa bersembunyi dalam longkang besar berhampiran tempat kejadian sebelum diberkas polis.Dalam kejadian jam 3.45 petang kelmarin, mangsa yang berkerja sebagai penyelia sebuah restoran makanan segera dalam perjalanan memasukkan wang ke sebuah bank berhampiran.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, sebaik mangsa yang berusia 22 tahun melalui lorong itu, seorang daripada suspek menolak dan merampas beg dibawanya menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

Beliau berkata, jeritan mangsa menyebabkan suspek dikejar orang ramai sebelum seorang daripadanya terjatuh dari motosikal dan terpaksa menyorok di dalam longkang manakala seorang lagi melarikan diri.

“Polis berjaya menahan suspek pertama yang bersembunyi dalam longkang besar bersama beg berisi wang berkenaan manakala suspek kedua ditahan di kediamannya di Taman Seri Layang, Mentakab dekat sini pada jam 12.30 tengah malam,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, kedua-dua suspek adik-beradik itu dikatakan tahu pergerakan mangsa kerana pernah bekerja di restoran berkenaan sebelum berhenti dua minggu lalu.
“Mangsa luka dan calar di lengan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Mentakab,” katanya.Abdul Aziz berkata, polis turut merampas motosikal, sarung tangan, topeng dan sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah ragut.
 
wahhhh kalau sekampung camni kasi balun mau lunyai hancur lebur hahahah
 
tahniah warga mentakab..kerjasama anda semua wajar dipuji....sama2 hapuskan peragut...!!!
 
ramai jugak yang turun.. kalau gini mmg peragut2 lain kecutlah.. kehkehkeh
 
Sembunyi+Dalam+Longkang+Selama+3+Jam1.jpg


Sembunyi+Dalam+Longkang+Selama+3+Jam.jpg


Seorang peragut bersembunyi selama tiga jam dalam longkang selepas terjatuh dari motosikal ditunggang abangnya dipercayai akibat panik kerana dikejar orang ramai yang menyedari perbuatan mereka meragut seorang wanita di Lorong Melor di Jalan Mok Hee Tiang di Mentakab.

Remaja berusia 17 tahun itu dikatakan terperangkap bersama beg diragut mengandungi wang tunai RM19,000, terpaksa bersembunyi dalam longkang besar berhampiran tempat kejadian sebelum diberkas polis.Dalam kejadian jam 3.45 petang kelmarin, mangsa yang berkerja sebagai penyelia sebuah restoran makanan segera dalam perjalanan memasukkan wang ke sebuah bank berhampiran.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, sebaik mangsa yang berusia 22 tahun melalui lorong itu, seorang daripada suspek menolak dan merampas beg dibawanya menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

Beliau berkata, jeritan mangsa menyebabkan suspek dikejar orang ramai sebelum seorang daripadanya terjatuh dari motosikal dan terpaksa menyorok di dalam longkang manakala seorang lagi melarikan diri.

“Polis berjaya menahan suspek pertama yang bersembunyi dalam longkang besar bersama beg berisi wang berkenaan manakala suspek kedua ditahan di kediamannya di Taman Seri Layang, Mentakab dekat sini pada jam 12.30 tengah malam,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, kedua-dua suspek adik-beradik itu dikatakan tahu pergerakan mangsa kerana pernah bekerja di restoran berkenaan sebelum berhenti dua minggu lalu.
“Mangsa luka dan calar di lengan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Mentakab,” katanya.Abdul Aziz berkata, polis turut merampas motosikal, sarung tangan, topeng dan sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah ragut.

Fuhh.... Mentakab nie tempat kelahiran aku nie....

Tahniah orang Mentakab, kawan bangga dengan awak semuaa....
 
pasal x sesah beramai-ramai ajerr...
lain kali sesah dulu baru panggil polis...
 
Nie mesti tak puas hati dengan penyelia tu..

behenti kerja lepas tu nak balas dendam dengan cara macam nie..
 
Pergh kalau ramai gini balun xtau la larat tunduk macam tu lagi ke tak
 
Back
Top
Log in Register