BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semakan Keputusan BR1M 2.0

patik daj dial number 03 7713 6666 tapi takde pulak robot girl girl cakap nak check status brim..cam mana ye?

Oh yer. Elakkan menghubungi nombor 1800 tu, sebab memang susah nak dapat. Gunakan 7713 6666, dan dail sampai dapat (kadang2 dia akan kata, nombor tu tak wujud, tapi teruskan mendail sebab nombor tu memang ada). Saya baru jer call nombor tu tadi utk semak status BR1M. Dah dapat pun status. Tak sampai 10 minit pun.
 
patik daj dial number 03 7713 6666 tapi takde pulak robot girl girl cakap nak check status brim..cam mana ye?

Lepas dah pilih Bahasa, teruskan pilih nombor 1 sampai dapat cakap dgn pegawai tu. Cakap nak semak status, dan bagi dia no IC kita, dia akan tolong semakkan.
 
Pilih Bahasa Melayu, lepas tu Pilih utk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan (pkp), then pilih Invidivu, lepas tu pilih pendapatan lain selain gaji/perniagaan, lepas tu tunggu. Barulah pkp akan bercakap dgn anda. Utk lebih mudah ingat, pilih semua nombor 1 sampai dpt bercakap dgn pkp.

OK TQVM...
line bz sgt, dok try lg ni....~X(
 
Thanks br pas kol tapi org tu ckp aku punye permohonan tak berjaya coz nama isteri dah apply.. tp isteri aku xde plak apply.. ini boleh mendatangkan marah..
 
Thanks br pas kol tapi org tu ckp aku punye permohonan tak berjaya coz nama isteri dah apply.. tp isteri aku xde plak apply.. ini boleh mendatangkan marah..

isteri pernah apply ape2 tak sebelum ni macam credit card atau loan? takut ada orang salahgunakan copy IC tu untuk benda lain..better buat report
 
nape aq call sume x dpt erk.. adakah aku x layak apply..

Untuk makluman:

Talian terus Br1m 2.0 adalah: 1800882716
Talian ini tidak perlu menekan sebarang butang. Cuma kadangkala sibuk. Biasanya hubungi di antara jam 12:30-1tgh hari
Dan 4:30-5ptg.

Harap dapat membantu
 
apa kata call pejabat daerah, kalau dekat tempat aku..pejabat
daerah yang handle

dia dh kol smlm... dia kene kol bilik gerakan brim selangor... tp smpi hari ni takde org angkat...

ade sapa2 dpt sms tak tulis "anda adalah penerima br1m 2 sila dail 0341619922 utk rujukan"
betol ke tipu nih ?
 
BR1M2.0.jpg

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rasanya mesti ramai yang tak tahu cara nak buat semakan keputusan Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M 2.0).. Jangan risau di sini disertakan cara semakan keputusan BR1M 2.0.

Tarikh bayaran BR1M akan dilaksanakan mulai bulan Februari 2013.

Bagi yang dah memohon, anda boleh semak status permohonan BR1M 2.0 dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500 @ 03 7713 6666 (LHDN) mulai 11 Februari 2013 ini.

Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

Pertanyaan melalui email ke [email protected]

Isi rumah yang layak (RM500):

1) Warganegara Malaysia;
2) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
3) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Individu yang layak (RM250):

1) Warganegara Malaysia;
2) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

-Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
-Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Pemohon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan .

NK TAMBAH SIKIT..
TALIAN BEBAS BR1M..
1-800-88-2716
1-800-222-500
03-83138987
03-83138988
03-83138989

ni maklumat yg aku dpt..
 
Back
Top
Log in Register